Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

If you read my blog

Some people love to ask for something in a great manner instead of receiving something in a sincere manner. Which one is you? 


**********************************************************
Pika : gaya retis sgt.haha


My first niece already 4 years old (Pika) and she loves to ask about anything. (read : non-stop). Sometimes, aku malas nak layan.Pura2 tidur. Bad mak ngah! hihi. 


Since aku seorang behavior observer (read : sometimes stalker,haha), aku slalu gak analisis perangai Pika. Benarlah kata orang. Anak kecil tu umpama kain putih dan suci. Kita lah yang mencorak kan kain putih tu. =)


Aku sebenarnya nak tulis dari first year setiap perubahan Pika.Tapi aku still tak ada semangat nak tulis panjang-panjang. Cerita cik Syirah tunang pun aku tak update lagi. Haih. Sorry cik Syirah. Anyway, I'm glad you have met your soulmate and one step closer to another stage of life. Congrats dear.


Cik Arin plak bakal menamatkan zaman gadis bulan 6 ni. Tahniah jugak. InsyaAllah, aku datang klau takde halangan.


And kepada kawan-kawan semua, aku nak mintak maaf from the bottom of my heart if aku ada mengguris perasaan sesiapa secara sengaja atau tak. Sometimes aku ni ignorant & stupid. Tak fikir perasaan orang bila buat sesuatu. Bila tengok reaction orang, baru tau. Sorry.=( If aku ada hutang apa2, feel free to contact me. InsyaAllah, aku akan bayar.


Kepada seseorang yang pernah ada dlm past memori aku (read: she) (read: u know who u are), dengan seikhlas hatinya aku nak minta maaf atas segala perbuatan dan percakapan aku. Aku tak nak hidup dalam denial lagi. Yup,i admit it. Aku pun buat salah dulu. Childish reaction from me. I already forgave you. And I really hope you can forgive me for every mistakes I've done. Anyway, even though i am not invited ,i still want to congratulate you on your upcoming wedding! =) Semoga kekal abadi & bahagia selalu. 





Wednesday, February 1, 2012

Happy Anniversary!

Malam ni aku rasa nak demam sangat.Dari tadi asyik bersin tak berenti. Tapi mengenangkan hari ini hari penting aku,aku update la jugak blog ni.haha






kenangan tembuilding kat E&0. Jadi ajk event.=p




Hari ni ulang tahun pertama aku bekerja. Yeay! (Best la tu.Org lain dah brtahun2 dah...hee) Klau ikutkan,aku sendiri pun tak sangka aku dapat menghabiskan setahun kat cni. Asal tension je,nanges sikit,bukak jobstreet.kahkahkah.


Tapi Allah dah tentukan tempatku. Mungkin belum masanya lagi untuk aku bertukar kerja. Masuk kat sini memang tak dirancang. Sorry,aku memang tak guna kabel langsung masuk sini walaupun aku ade kabel kecik secoit kat cni. haha


Aku apply through jobstreet, position software engineer kat Penang. Within 2 weeks after interview tu company tu call tanye aku minat tak utk post lain kat kulim. Aku pun mase tu tengah jobless,blasah je la kan walaupun aku cukup benci subjek ni masa study dlu, plus aku dah tggal benda ni 3 tahun kut. Aku blaja mase diploma dulu. 


Masa interview utk post ni entah ape2 je aku jawab.Tu pun naseb adik aku blaja subjek ni kat uni dia.Dia la jadi cikgu aku semalaman.Thanks adikku.




Aku pun terima keje (Mask Layout Design Eng.) ni dengan redha.Ape nak jadi jadila. Finally,aku sampai gak ke stage hari ni.(1year). Not bad gak la kadar kecepat capaian otak aku! kahkah.Tak sedar diri tul.Puiii.


Aku bersyukur sangat sebab dah sampai ke tahap ni. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan di masa hadapan.Amin..



Tuesday, January 31, 2012

SORRY

Hari ni hari yang tak berapa baik buat aku. Macam biasa aku g keje awal. Tak lama lepas tu housemate aku plak smpai.Dia nanges2 sebab katanya kucing dia mati kena langgar. Kucing tu maybe kena langgar kat luar pastu lari masuk dalam pagar berdasarkan kesan2 darah. Sob3. Aku ke yang langgar kucing tuh?


Masa aku kuar parking tak nampak pun ade kucing tapi tak tau la klau aku tak perasan. huhu.Tetibe rasa bersalah sangat. Walaupun,kawan aku tu cakap kucing tuh dah lama mati sebab da keras (tak taula klau dia nak sedapkan hati aku) tapi aku rasa sedih & bersalah.


Nantila aku minta maaf kat dia walaupun aku sendiri pun tak sure aku yang langgar ke tak. Tak tenang plak hati ni. 


p/s : lagu terukir bintang ni best gak.Sebelum ni aku tak brape minat lagu2 yuna.Tetibe lagu ni ter'addict' plak.


Monday, January 9, 2012

Aku & Kunci

Aku & kunci memang banyak kes.Tak dapat dipisahkan.Sume sbb otak aku kadang-kadang selalu dibawah paras sedar (err..bahasa yg lbih senang, kuat brangan).


Semalam lepas aku tekan tombol dari dalam terus aku tarik pintu.Panggggg.Serentak dengan tu,jantung aku pn trhenti jap. Mau tak. Kunci aku dalam rumah!!! wawawa. Dahla housemate aku blik kg. Dalam otak aku fkir nak menumpang rumah sapela ni.Dahla dgn sehelai sepinggang ni. 


Pastu gigih lagi bwk kete pusing taman smbil otak pusing pening pikir.Last2 baru teringat aku letak kunci kat meja tv. Patah balik masuk umah.Try tgok kut tingkap. Meja tv tu dekat je ngan tingkap.Nasib baik lgi tingkap x tutup.Try usha.Fuhh,selamat tangan muat mencapai.


Giler arh. Setiap rumah msti aku tggalkan kenangan tggal kunci dlm bilik ni.Adoooii.Pasni kena wat kunci byk2.Gantung kat tengkuk skali.huhu


Pasni kene pindah lagi.Housemate nk kawen.Ramainya kwn2 baik aku nk kawen.Sedih.But of course i'm happy for them. Sedih sebab xbleh nak enjoy same2 macam dlu dah.Huhu.Life must go on. (=

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432

Perjalanan hidup aku masih panjang. Err..pjg ke?InsyaAllah,klau dipanjang usia. Sukar sebenarnya untuk aku menjangkakan apa yang akan berlaku esok. Kerana sehingga ke hari ini, hidup aku penuh dengan kejutan. Tapi itulah hidup.Dipenuhi dengan ujian dan dugaan kerana Allah masih sayangkan kita. Agar sentiasa kita mengingati-Nya.


Setiap kejadian,dugaan tu mesti ada hikmahnya. Kadang2, dugaan tu mematangkan diri dalam menempuhi hidup yg mencabar ni. Kadang2 dugaan tu datang supaya kehidupan kita bertambah baik. Kadang2 kita tak tahu kenapa diuji mcam tu. Allah masih merahsiakan dari kita. Bersabarlah. SesungguhNya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hidup kita.


Macam hidup aku sendiri. Tercampak sorang2 kat kulim. Dengan takde kwn/keluarga kat sini. Mula2 tu memang aku nanges jugak la. Mmg satu cabaran buat aku untuk survive memandangkan aku bukan jenis berdiri-atas-kaki-sendiri. Keje plak mmg menguji minda aku yg tak kreatif ni. Saat tu aku hanya mampu berdoa setiap hari agar jalan hidupku dipermudahkan.


Tapi kadang2 aku tak terlepas dari membandingkan diri dengan orang lain. Kenapa orang tu keje senang je..Kenapa orang tu dapat keje kat tempat tu..kenapa tu..kenapa ni.. Ish3..


Tapi aku lupa.Takde sorang manusia pun yg terlepas dari ujian Allah. Dan Allah takkan mendatang ujian melebihi kemampuan hambaNya. Kesimpulannya ujian berbeza mengikut individu. Tapi beratnya masih sama. Cuma kita nampak ringan/berat di mata sendiri. Haha.Ntah ape aku merepek ni.


Alhamdulillah.Akhirnya aku dapat membiasakan diri kat sini. Cuma bab keje aku kene amik masa lagi.haha. Semoga Allah mempermudahkan segalaNya.Amin.. 




Banyak lagi ujian yg masih aku lalui sebenarnya. Kadang2 bila emosi menguasai diri, mula la nak fikir tak waras. Nak marah2. Pikir2 balik,tak payah la nak marah2 sangat. Sebab kita tak tahu ending cerita. Ntah orang2 yg kita marah tu akan menolong kita suatu hari nnti. Kan nyesal kalau kite dah maki2 dia. Bila aku nk start marah,aku akan ingt balik ayat ni " Biarlah Orang zalim kat kita.Jangan sesekali kita balas. Allah lebih Berkuasa." Dengan fikir macam tu,kurang sikit amarah aku.hehe


Kalau orang bace post ni mesti tak pahamkan cerita aku. Haha. Tak pe la. Aku nk tulis detail sgt pun tak baik. Kadang2 sesetngah benda elok jadi rahsia buku diari sebenar je. Tak payah kecoh2 kat alam maya. Memburukkan keadaan je.Ye tak.


Kepada anak2 yg dah bekerja,bergaji..hulur2 lah duit kepada ibu ayah anda. Walaupun tak banyak,mereka akan tetap gembira. Klau nak ikutkan memang tak terbalas jasa/wang ringgit yg mereka bagi dari kecik. Tapi sekurang2Nya itulah ingtan kita terhadap mereka. Jagalah hati mereka,senangkan hidup mereka selagi meraka ada. Biarpun berpuluh ribu gaji, tapi klau asyik menyakiti hati mereka, manakah keberkatan dalam hidup? Bila hidup tak berkat, mulalah gaji rasa tak cukup,hidup rasa tak bahagia..


Kata orang, kaya tak menjamin kebahagiaan. Tapi kemiskinan pun tak memberi kebahgiaan. Sebenarnya gaji banyak ke sikit ke.Miskin ke kaya ke.Semua tu bukan jaminan untuk bahagia. Hiduplah di jalan yg diredhai Allah. InsyaAllah,bahagia sentiasa bersamamu. ;)


Akhir kata, Salam Ramadhan 1432H. kupohon kemaafan andai tersalah kata,terkasar bahasa, terpukul tak sengaja. Ampun aku. Aku insan lemah lagi hina yang tak lerlepas dari melakukan dosa. Semoga kita  dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang & penuh keinsafan.


Wasalam.

Saturday, May 28, 2011

Kadang-kadang

ihsan mr.google


Kadang-kadang kita rasa sempurnanya hidup orang lain.
Kadang-kadang kita menangisi nasib sendiri.
Kadang-kadang kita mempersoalkan takdir hidup sendiri.


Kadang-kadang kita rasa gembira dengan hidup sendiri.
Kadang-kadang kita rasa bertuahnya hidup sendiri.
Kadang-kadang kita bersyukur dengan ketentuan ilahi.


Kadang-kadang kita merungut kembali.
Kenapa disaat gembira ada saja duka datang menyapa.
Kenapa gembira itu tak berterusan seperti hidup orang lain.
Kenapa Tuhan timpakan bencana buat kita.


Tahukah kau
Susah senang itu semua ujian
Di saat hidup kau terasa begitu gelap sekali
Ingatkah kau pada Dia?
Putus harapkah kau pada Dia? 
Di saat hidup kau terasa begitu sempurna sekali
Ingatkah kau pada Dia?
Besyukurkah kau pada Dia?


Kerana Dia tak pernah melupakan kau. 
Lalu diuji & diuji agar kau sentiasa mengingati-Nya.


Sempurnanya hidup sesorang bila dia menerima setiap ujian dengan redha. Maka,hidupnya nampak sempurna di mata manusia lain. 

Sunday, May 8, 2011

Happy WeekNeverEnds

Sesi berpoya2 dengan jayanya. Sesi yg menggembirakan tapi berakhir dgn kesedihan bila duit dilaburkan dgn byknya utk membeli sebuah kegembiraan.Sob3.. hahaha

Tgok origami burung kat belakang.Dibuat khas untuk mendoakan rakyat jepun yg terlibat earthquake aritu. Semua pengunjung bleh lipat origami tu & masuk dlm kotak khas. Nanti staff akan gantungkan kat blkg cm ni. Nice&creative.


the tallest adik =p
Extreme Chocolate



Nasi goreng Libra
Nasi goreng kampung




Makan..makan dan makan. Sebelum pulang sepmpatla membuat sesuatu kepada style rambutku. Nk tgok tak???Sila komen,k. Heeee















Cantikkan gaya rambutku. Opppsss..masa nak amik gambar ni blackout la plak. Sorry.;)

Have a nice day friend!

p/s: Picture blackout diciplak dari blog lain tp mmg da tukar hair style. Cik Syirah, ce teka ce teka.haha

Tuesday, March 8, 2011

Tetamu dari Kampung Kak Limah

Kelmarin ayajimm@madarame ikkaku @ cik Syirah dari lambor datang kulim. Terima kasih ler sbb datang menjenguk aku kat cni.hehe. Sebenarnye cik Syirah datang sebab dia ade interview kat area cni gak. Terubat rindu aku kat dia walaupun teramat sekejap berjumpe.

Cik syirah sampai  ahad malam. Kesian dia. Jauh perjalanan,banyak kenderaan. Aku pun bawak cik Syirah ke warung Pizza berdekatan. Aku pn first time g sini sebenarnya. Hasilnya....


cik Syirah dengan aksi keamanan. V




Ingat blog cik Kidah je bleh bagi orang terliur makan pizza sedap?haha. Tapi semestinya gambar tak secantik cik Kidah yg kreatif itu. Blog ini agak kedekut gambar. Aku bagi satu je. LoL

Okeh sekarang nak cerita kronologi drama air mata.
Cik syirah interview kul 5 dan aku blik keje kul 5.30. Lepas interview,cik Syirah nak terus balik Lambor katenye.Kwnnya amik kat sana. Kebetulan hujan lebat plak petang tu, aku ingat mmg nak tunggu je cik Syirah kat luar company tempat dia interview. Tup tup..abang aku call bagitau dia dah ade kat area umah sewa aku. Pe lagi aku pn bergegas balik jumpe pika&piya.=)

Lebih kurang 30 mnt pastu cik Syirah tipon. Aku bgtau aku dah balik rumah. Aku pun suh je dia balik Lambor terus, xyah datang umah sewa balik sebab hujan lebat giler. Bahaya tuh! Mase tu aku da sebak da sebab x dpt jmpe.Tapi aku tahan jela sbb Pika ade.Aku pun main2 ngan Pika. 

Pika sangat excited jmpe aku.Melompat2 dia dalam rumah tu.hehe. Abang aku singgah kejap je sbb kebetulan dia lalu kwsan tu. Bila dorang nak balik,Pika buat perangai. "Pika nak ikut mak ngah..Pika nak ikut mak ngah" Ah sudah!Pika xnak balik. Haha. Aku pulak bila situasi macam tu aku rasa nak mengalirkan air mata je. Takpe tahan lagi. Pika balik sambil meraung-raung dalam kete.

Bila dorang da balik,seperti biasa aku wat drama air mata dlm bilik. Sob3.Sedih weh. Syirah & Pika meninggalkan aku sorang2! Ahaha. Cengeng giler. "Mengada arh kau cik Yana. Umur hang nak masuk 25 okeh!=( "


Monday, February 28, 2011

Gaji pertama

Akhirnya dapat gak merasa duit gaji sendiri. Ingat nak enjoy sakan.Tup tup..banyak plak duit kene guna bulan ni. Roadtax+lesen.Boleh plak sume expired serentak. Takpe2.Tak baik mengeluh kan. Bersyukur sbb ada gak duit. Maka smart phone terpaksala pending dlu. ;)

Kepada teman2 baikku, sabar ye.( cik kidah+ cik madarame) Nnti saye blanje. Semestinya kalian tak akan dilupakan. Klau tak bulan ni,bulan depan okeh!hehe.

Aritu saje2 je g survey kereta.Padahal bru sbulan keje kot.Nk byr down payment pn x lpas.kih3. Abah cakap klau nak beli kereta skrg beli je second hand dlu. Settle kan dalam 1 thun lebih. Dalam masa yang sama kumpul duit sebelum beli kereta baru. Maksudnya bayar banyakla down payment tu nnti. So,nnti tak payahla hutang lame2. Baek abah! 

Survey kereta myvi 2nd hand. Plat pn bru la lagi.2006. Tapi aku x berkenan sangat color dia.Klau pink mcm cik kidah,saya okeh je.=) Pastu tengok tayar dia macam da botak. Plus ianya 1000cc je. Jadi saya & abah sepakat reject kereta tu.

Seriously,kalau orang tanye kereta idaman aku,aku tak tau nk jwb ape.Sbb nafsu aku yg 9,takde satu pn pada kereta. Aku lebih minat pada henpon,baju,tudung, kasut. Aku boleh habiskan 3 jam++ kat shopping complex sorang2(klau ade duitla,klau xde aku moody). Tapi kalau abah ajak g survey kereta, aku malas sangat. Ikutkan hati aku nak suh je abah pilih kereta ape2.Aku tolong pilihkan warna je.hihi.Bertuah!
Gambar hasil google-an.Terima kasih website berkaitan.


 Teringin nak beli.Kawan2 tolong pilih jap!
Errr..ko mampu ke cik yana.Dush dush dush!! HAhaha. Berangan je aku nih.Probation period pn x abes lg. Tolong lempang aku jap! =D


Tuesday, February 22, 2011

N.O.V.E.M.B.E.R

Ni dari  hasil kajian Dato Hj Fadzilah Kamsah tentang rahsia bulan kelahiran. Ehem..ehem..Ni bukan macam zodiak tu ye adik-adik.Ni cuma hasil kajian terhadap sample mengikut tarikh kelahiran. Aku agak jela kan. 
Mari kita lihat siapa yang kena! Okeh. Bawah ni aku copy pasta bulan kelahiran aku-november. Pastu aku listkan yang mane sebijik cam perangai aku.(err..aku mls,jd aku warnakan font ajelah.)


Pink-perangai aku
biru-itu bukan aku
purple -ulasan
hitam- aku tak pasti.U tell me.=)


Jom ke sesi memuji diri sendiri.kih3.

NOVEMBER
  1. Banyak idea dalam perkara.
  2. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.-suka buat perangai gila2.
  3. Berfikiran kehadapan.
  4. Berfikiran unik dan bijak.
  5. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  6. Pemikiran yang tajam.
  7. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.-Suka menganalisis seseorang dalam diam.
  8. Sesuai jadi seorang doktor.-Jauh menyimpang nih.
  9. Cermat dan teliti.-Sangat la tak tepat. Buktinya tengok tulisan aku.=p
  10. Personaliti yang dinamik.
  11. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.-ni obvious kut.Terutama jd stalker kat virtual world.heh
  12. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.- banyak cakap dengan mereka-mereka yang kenal baik buruk aku.
  13. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  14. Terlalu degil dan keras hati.-Dulu ya.Sekarang dalam proses berubah.
  15. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.-Especially bila nak shopping baju.Hoh?
  16. Tak suka marah kecuali digugat.-Hmmm..
  17. Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  18. Pandai muhasabah diri.-Selalu bercakap sorang2.mcm orang tak betul pn ade.;)
  19. Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  20. Otak yang sangat tajam.-not a fast learner
  21. Pandai mendorong diri sendiri.-mendorong diri kerja kuat nak beli smart henpon.What da fish!
  22. Tidak hargai pujian.-bukan tak hargai tapi takut pujian.Takut orang terlebih puji.Padahal diri ini biasa-biasa aje.
  23. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  24. Cuba sampai berjaya.
  25. Badan yang sasa.-mestila tak
  26. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  27. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  28. Suka duduk di rumah.-Penambahan:Suka duduk di rumah kat ipoh.hehe
  29. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  30. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  31. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi:emo terlebih+cengeng
  32. Bercita-cita tinggi.
  33. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah: so,don't judge me ok.



    Tuesday, February 15, 2011

    Itadakimasu

    Tetibe mengidam plak nak makan tauhu jepun. Since aku baru je pindah & bahan-bahan masakan tak beli lagi, maka aku akan masak je kat kedai jap lagi. Haha.Alasan semata-mata.Aku memang pemalas.^_*
    klik utk resepi dari tuan punya blog
    Aku penah gak try masak benda alah ni.Tapi tak jadi sbb time nak goreng,tauhu tu melekat-lekat. Maybe sbb minyak tak banyak kut. Tapi bila aku google ada gak petua utk elak lekat;celup tauhu dalam bancuhan tepung. Macam resepi ni. Klik

    Okeh.Jum makan.

    Monday, February 14, 2011

    Hari-hariku..

    Esok cuti.Tak tau nak pegi mana. Kalau ada duit sedapla gak nak g jalan-jalan. Takpe aku sedar diri.Dok je umah diam-diam.*_*


    Since bilik aku still lagi serabut,esok mmg aku plan nak mengemas cket. Keje mendobi+tukar cadar+basuh pinggan baru je siap tadi.yahooo!! nak tgok tv plak tapi entah kenapa rasa tak mood pdahal ada astro kut.Siap akak housemate tu subscribe astro first-hantu kak limah lagi.Tapi aku bosan. Aku rela dok Ipoh yang takde astro tu.huhu. *Mengada!


    Aku rasa astro-first ni untung kalau utk family/orang yg suka tgok citer yang sama byk kali. Sebab rm15 dah bleh tgok muvi ramai-ramai.Klau kat cinema rm10 sorang kut. Duration dia 2 hari. Tapi kalau untuk aku rugi kut.Sbb aku cepat bosan.Tgok sekali je da ckup.;)


    ********************************************************
    Kat tempat keje aku dah ada kawan-kawan.Slalu g makan ngan dorang. Aku tumpang je. Aku tgok bila g makan macam ada sistem gilir-gilir bwak kereta masing-masing tapi secara sukarela. Kadang-kadang aku rasa bersalah gak sbb tak pnh nak bawak dorg naik kete aku.Bukan ape.Segan kut. Kete aku buruk je.Dorg punye kete..mak aih..segan den nak naik. Perlukah aku offer diri membawa mereka? Adooii..nnti dorg ingt aku save minyak pulak.+_+


    Setakat ni..aku tak rasa lagi pressure keje sbb aku tak start pn buat keje.HAhaHA. Asyik-asyik dapat material untuk training. Aku bukan tak suka keadaan camni tapi aku takut bila dapat task nnti,tak terbuat plak. Tapi setakat ni aku positif lagi sbb officemate aku meyakinkan aku keje ni takla susah sangat. Yakin boleh! =D


    Sepanjang hidup aku,memang permulaan sesuatu tu amat susah. Tapi kepayahan tu akhirnya berbaloi.Don't u remember? Poli(2004) Utem(2007)--menangis mula2 sem sbb rasa tak boleh nak bawak. =D
    Remember.Remember.Remember!

    Sunday, February 13, 2011

    K.A.R.M.A

    Dulu aku asyik gelakkan gambar I.C seorang teman. Sekarang gambar badge keje aku..sejibik macam gambar I.C tu.Bukan muka sama.Tapi mimik muka yang sama.Wuuuaaaa. Balasan. Padan muka aku! ha ha ha.


    Miss her so much!