Friday, August 31, 2012

Monday, August 13, 2012

Me

credit picture :  http://www.tiffinbiru.com/2010/05/kek-marble-sheila-mambo.html

Tempting kan? Pehh..meleleh air liur tgok tgah2 puasa ni. huhu. Nak resepi bleh la pegi kat blog kat atas. 
Tapi raye tak masak pn kek ni.Saje nak uji puasa korang.hehe. Balik kg khamis ni dah plan nak buat 2 jnis biskut dan 1 kek. Yang lain mak dah buat kut.hihi. Rasenya tahun ni je 70% kuih raya buat sendiri. Tahun-tahun lepas mmg 100%  kuih raya homemade. Tahun ni mak pn dah tak larat.Tak pela.Kite beli je klau tak ckup.=)

Sape2 yang ada di kawasan berdekatan jemputlah datang ke rumahku. =) Klau yg berjauhan nak dtg pn jemputla.Di alu-alukan.=)

Tahun ni aku rase sedih sgt nak balik kg. Macam aku balik tak balik2 dah.Ok.aku merepek je.
Kpd kwn2 sekolah,poli,utem,keje. Aku sayang korang sume. Klau aku ada buat salah,maafkanlah aku manusia lemah lg tak berdaya ni =(

Selamat berpuasa & Selamat hari raya.

Sunday, August 12, 2012

Salam Ramadhan dari Perantauan




#PUASA1


       #PUASA2

                                                             


#PUASA 22

Alhamdulillah.. =)

p/s: Hairan tak nape tetibe rajin update blog? Tak?? Takpe,aku assume je sume hairan.haha. Tgah stress keje ni harus gembirakan diri sndiri. Maklum la.keje hari ni ibarat tikus baiki labu.sobs..


p/p/s : Salam ramadhan dari saya yang jauh di perantauan. Tengah berpantang dengar lagu raya utk elakkan drama air mata.hehe. Over la u ni...kuikuikui

Saturday, August 11, 2012

Kahwin awal?



1. http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/4704-kenapa-jodoh-tak-kunjung-tiba.html

Sebenarnya dah lama aku baca artikel kat atas ni tapi baru sekarang nak ulas lepas aku baca artikel kat bawah ni. 

2. http://honeykoyuki.blogspot.com/2012/08/keep-calm.html

Klau baca artikel yg 1st tu memang agak kontroversi jugak la brdasarkan komen-komen kat website tu. Ramai yang terasa sebab penggunaan ayat penulis tu agak mengguris perasaan.Haha. Tapi mari bersangka baik.Mungkin penulis tak berniat pun.Cuma penggunaan ayat yg salah , cth :


"Bila fikir, kan bang, kesian sebenarnya. Apalah yang kawan-kawan kita yang belum kahwin tu cari agaknya dalam pasangan mereka, kan?"Nak cari 'Mr Perfect' agaknya. Tinggi sangat benchmarknya. Sampai sekarang masih sendiri.Mereka ni semua sunyi tau, bang? Tak ada pasangan yang nak kongsi kegembiraan, kesedihan, menjadi tempat mengadu... Kesian, kan?"

Well,aku rasa agak kurang sesuai la utk si penulis tulis begitu sedangkan beliau sudah berkahwin dan situasi di atas berlaku kpd bbrapa org rakannya. Rasenye tak adil dia tulis general begitu seolah-olah semua yang tak kahwin tu terlalu memilih.
Ya,aku tau memang beruntung orang yang kahwin awal. Tapi yang kahwin lambat tu bukan semua yang memang nak lambat2 kan. 
Sometimes aku pelik dengan orang yang asyik nak merendah-rendahkan orang yang kahwin lambat ni. Macam mana dengan rukun iman yg ke-6.Tak percaya kah? Orang slalu ckap jodoh,ajal maut semua tuhan dah tentukan. Jadi kenapa dipersoalkan?
Mcm emo lak aku ni.hihi.Tak la.=) Tapi tu la realiti. Manusia kerap kali mencari salah manusia lain bila mereka tak berada dalam situasi tu.
Contohnya :
S seorang yg dah kawen tapi belum ada anak. Z seorang bujang.
Z: Ko ni dah brthun2 kawen,bila nk ada anak?
S: *sentap* %@$%&

Situasi lain
S: Ko ni dah 30 lebih dah.Bila nak kawen.Jgn tggu jd andartu plak.
Z:*&$%^*

Situasi ni banyak berlaku sbnarnya. Tapi yang kita tak tahu; sesiapa dalam situasi Z tak rasa pun S tu kecik hati bila tanya soalan.Begitulah sebaliknya. Sebab? Sebab kita bukan dalam kasut mereka.So,kita tanya guna mulut je la.Betul tak?
Jangan salah paham.Aku tak tujukan kat sesiapa pn. Aku paham bkn semua orang niat nak perli.Kdg2 mereka mmg concern dgn kita. Cuma nasihat aku kepada sendiri & orang lain, sebelum tanya apa2,cuba rasa berada dalam situasi tu dulu.Klau rasa sakit,jgn tanya. =)
true.slalu kan kita buat cmni? 
Utk artikel 2 tu mmg ada benarnya. Pendapat aku,terpulang la pada diri masing2.Lagipun dalam Islam dah ada hukum kahwin.Mana yang wajib,harus,haram, sunat kahwin. Klau dah lama bercouple,bergelumang dengan maksiat tu eloklah dipercepatkan. Tepuk dada,tanya iman,check nafsu ;p  Dan jgn lupa "bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat."(artikel 2)
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam perkara yang memberi manfaat kepadamu, mintalah pertolongan dari Allah dan jangan kamu merasa lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah pula kamu mengatakan, “kalau aku berbuat itu dan ini, nescaya jadi begini…”. Sebaliknya katakanlah, “itu adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi”. Sebenarnya perkataan ‘kalau’ itu membuka pintu kepada perbuatan syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Renung-renungkan & selamat beramal. =)


Friday, August 10, 2012

Random



Untunglah orang yang boleh tiap-tiap minggu/hari balik kampung. Takpe. Allah tahu betapa aku berperang dengan perasaan sendiri setiap weekend yang aku tak pulang itu.  =(


Dan janganlah menyangka kami yang tak balik kampung tiap minggu itu anak derhaka. Allah itu tahu lebih dari apa yang kau tahu.

Mode: sedih tahun ni balik bberapa hari sebelum raya.Tak sempat nak tolong mak & adik buat persiapan.Kesian mereka.sob3..Sedih lagi.



Friday, August 3, 2012

15

Assalammualaikum..


Sedar tak sedar dah malam ke-15 ramadhan.Ni first time aku update live dari opis.kui3.Bosan sbb banyak keje. Bleh tak gitu? hehe. Seriously, ni tahun kedua ramadhan, projek aku tgh peak time. Bila busy cmni, maknanya memang separuh dari hidup aku adalah kat ofis. Klau boleh bawak katil masuk ofis, mmg aku tak perlu lg umah sewa.Haha.


Rutin harian aku.


7.50 a.m: Smpai ofis.keje
5.00 p.m : G bazar.
6.00 p.m : Masuk ofis.Smbung keje.
7.36 p.m : Buka puasa (klau xrmai kwn,berbuka kat cube.Klau rmai,baru brbuka kat kafe.)
8.00 p.m : Sambung keje.
10.00 p.m/11.00 p.m : Balik


Ni la rutin harian aku tiap hari.Kdg2 tu ade plak training kat penang.Makanya lepas balik dari penang tu kena plak smbung ot kat kulim. +_+ Tahun ni smpai kul 10.00pm/11.00p.m jela aku larat wat keje.Klau tahun lepas, aku masih muda remaja(muda sthun je pn;p) mmg kul 12.00a.m/1.00 a.m aku balik. Sadis tak? hahaha.


Tapi aku tau..ada ramai lg keje yg teruk dari aku. Aku simpati dgn mereka. 
At least aku keje ad air-cond. Duduk sepanjang masa. Bersyukurlah cik Yana.Bersyukur!=)


Tapi aku tetap sedih sbb tahun ni adala berapa kali nak dapat g terawaih. Dlu mase time study,byk masa lapang mls lak pegi kan!  Terkilan rasanye.


Benarlah peringatan tu. Ingat 5 sblum 5. +_+




Selamat Berpuasa semua!