Saturday, August 11, 2012

Kahwin awal?



1. http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/4704-kenapa-jodoh-tak-kunjung-tiba.html

Sebenarnya dah lama aku baca artikel kat atas ni tapi baru sekarang nak ulas lepas aku baca artikel kat bawah ni. 

2. http://honeykoyuki.blogspot.com/2012/08/keep-calm.html

Klau baca artikel yg 1st tu memang agak kontroversi jugak la brdasarkan komen-komen kat website tu. Ramai yang terasa sebab penggunaan ayat penulis tu agak mengguris perasaan.Haha. Tapi mari bersangka baik.Mungkin penulis tak berniat pun.Cuma penggunaan ayat yg salah , cth :


"Bila fikir, kan bang, kesian sebenarnya. Apalah yang kawan-kawan kita yang belum kahwin tu cari agaknya dalam pasangan mereka, kan?"Nak cari 'Mr Perfect' agaknya. Tinggi sangat benchmarknya. Sampai sekarang masih sendiri.Mereka ni semua sunyi tau, bang? Tak ada pasangan yang nak kongsi kegembiraan, kesedihan, menjadi tempat mengadu... Kesian, kan?"

Well,aku rasa agak kurang sesuai la utk si penulis tulis begitu sedangkan beliau sudah berkahwin dan situasi di atas berlaku kpd bbrapa org rakannya. Rasenye tak adil dia tulis general begitu seolah-olah semua yang tak kahwin tu terlalu memilih.
Ya,aku tau memang beruntung orang yang kahwin awal. Tapi yang kahwin lambat tu bukan semua yang memang nak lambat2 kan. 
Sometimes aku pelik dengan orang yang asyik nak merendah-rendahkan orang yang kahwin lambat ni. Macam mana dengan rukun iman yg ke-6.Tak percaya kah? Orang slalu ckap jodoh,ajal maut semua tuhan dah tentukan. Jadi kenapa dipersoalkan?
Mcm emo lak aku ni.hihi.Tak la.=) Tapi tu la realiti. Manusia kerap kali mencari salah manusia lain bila mereka tak berada dalam situasi tu.
Contohnya :
S seorang yg dah kawen tapi belum ada anak. Z seorang bujang.
Z: Ko ni dah brthun2 kawen,bila nk ada anak?
S: *sentap* %@$%&

Situasi lain
S: Ko ni dah 30 lebih dah.Bila nak kawen.Jgn tggu jd andartu plak.
Z:*&$%^*

Situasi ni banyak berlaku sbnarnya. Tapi yang kita tak tahu; sesiapa dalam situasi Z tak rasa pun S tu kecik hati bila tanya soalan.Begitulah sebaliknya. Sebab? Sebab kita bukan dalam kasut mereka.So,kita tanya guna mulut je la.Betul tak?
Jangan salah paham.Aku tak tujukan kat sesiapa pn. Aku paham bkn semua orang niat nak perli.Kdg2 mereka mmg concern dgn kita. Cuma nasihat aku kepada sendiri & orang lain, sebelum tanya apa2,cuba rasa berada dalam situasi tu dulu.Klau rasa sakit,jgn tanya. =)
true.slalu kan kita buat cmni? 
Utk artikel 2 tu mmg ada benarnya. Pendapat aku,terpulang la pada diri masing2.Lagipun dalam Islam dah ada hukum kahwin.Mana yang wajib,harus,haram, sunat kahwin. Klau dah lama bercouple,bergelumang dengan maksiat tu eloklah dipercepatkan. Tepuk dada,tanya iman,check nafsu ;p  Dan jgn lupa "bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat."(artikel 2)
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam perkara yang memberi manfaat kepadamu, mintalah pertolongan dari Allah dan jangan kamu merasa lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah pula kamu mengatakan, “kalau aku berbuat itu dan ini, nescaya jadi begini…”. Sebaliknya katakanlah, “itu adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi”. Sebenarnya perkataan ‘kalau’ itu membuka pintu kepada perbuatan syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Renung-renungkan & selamat beramal. =)


No comments: