Saturday, September 17, 2011

Workaholic


Wiken ade kat ipoh sbb cuti 3 hari. Tapi hati tak tenang sbb tak pegi opis. Nampak sangat dah addicted dengan keje.hahaha. Lagi tak sedap hati bila tengok kwn2 satu team sume ot public holiday padahal aku sedap2 menggemukkan badan kat umah.Rasa x sabar2 plak nk balik opis. Kesian plak dengan kawan2 yang lain. (Dalam hati dok tertanya2, diorg kene cover keje aku ke? tp malu plak nk tanye kat fb.haha) 
 

Malam ni tetibe rasa nak masak butter prawn. Tak tau la jadi ke tak. Nnti ai update klau jadi.hehe. Bye..

Mood: Kuat makan tapi hati tak tenang. =p 

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432

Perjalanan hidup aku masih panjang. Err..pjg ke?InsyaAllah,klau dipanjang usia. Sukar sebenarnya untuk aku menjangkakan apa yang akan berlaku esok. Kerana sehingga ke hari ini, hidup aku penuh dengan kejutan. Tapi itulah hidup.Dipenuhi dengan ujian dan dugaan kerana Allah masih sayangkan kita. Agar sentiasa kita mengingati-Nya.


Setiap kejadian,dugaan tu mesti ada hikmahnya. Kadang2, dugaan tu mematangkan diri dalam menempuhi hidup yg mencabar ni. Kadang2 dugaan tu datang supaya kehidupan kita bertambah baik. Kadang2 kita tak tahu kenapa diuji mcam tu. Allah masih merahsiakan dari kita. Bersabarlah. SesungguhNya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hidup kita.


Macam hidup aku sendiri. Tercampak sorang2 kat kulim. Dengan takde kwn/keluarga kat sini. Mula2 tu memang aku nanges jugak la. Mmg satu cabaran buat aku untuk survive memandangkan aku bukan jenis berdiri-atas-kaki-sendiri. Keje plak mmg menguji minda aku yg tak kreatif ni. Saat tu aku hanya mampu berdoa setiap hari agar jalan hidupku dipermudahkan.


Tapi kadang2 aku tak terlepas dari membandingkan diri dengan orang lain. Kenapa orang tu keje senang je..Kenapa orang tu dapat keje kat tempat tu..kenapa tu..kenapa ni.. Ish3..


Tapi aku lupa.Takde sorang manusia pun yg terlepas dari ujian Allah. Dan Allah takkan mendatang ujian melebihi kemampuan hambaNya. Kesimpulannya ujian berbeza mengikut individu. Tapi beratnya masih sama. Cuma kita nampak ringan/berat di mata sendiri. Haha.Ntah ape aku merepek ni.


Alhamdulillah.Akhirnya aku dapat membiasakan diri kat sini. Cuma bab keje aku kene amik masa lagi.haha. Semoga Allah mempermudahkan segalaNya.Amin.. 




Banyak lagi ujian yg masih aku lalui sebenarnya. Kadang2 bila emosi menguasai diri, mula la nak fikir tak waras. Nak marah2. Pikir2 balik,tak payah la nak marah2 sangat. Sebab kita tak tahu ending cerita. Ntah orang2 yg kita marah tu akan menolong kita suatu hari nnti. Kan nyesal kalau kite dah maki2 dia. Bila aku nk start marah,aku akan ingt balik ayat ni " Biarlah Orang zalim kat kita.Jangan sesekali kita balas. Allah lebih Berkuasa." Dengan fikir macam tu,kurang sikit amarah aku.hehe


Kalau orang bace post ni mesti tak pahamkan cerita aku. Haha. Tak pe la. Aku nk tulis detail sgt pun tak baik. Kadang2 sesetngah benda elok jadi rahsia buku diari sebenar je. Tak payah kecoh2 kat alam maya. Memburukkan keadaan je.Ye tak.


Kepada anak2 yg dah bekerja,bergaji..hulur2 lah duit kepada ibu ayah anda. Walaupun tak banyak,mereka akan tetap gembira. Klau nak ikutkan memang tak terbalas jasa/wang ringgit yg mereka bagi dari kecik. Tapi sekurang2Nya itulah ingtan kita terhadap mereka. Jagalah hati mereka,senangkan hidup mereka selagi meraka ada. Biarpun berpuluh ribu gaji, tapi klau asyik menyakiti hati mereka, manakah keberkatan dalam hidup? Bila hidup tak berkat, mulalah gaji rasa tak cukup,hidup rasa tak bahagia..


Kata orang, kaya tak menjamin kebahagiaan. Tapi kemiskinan pun tak memberi kebahgiaan. Sebenarnya gaji banyak ke sikit ke.Miskin ke kaya ke.Semua tu bukan jaminan untuk bahagia. Hiduplah di jalan yg diredhai Allah. InsyaAllah,bahagia sentiasa bersamamu. ;)


Akhir kata, Salam Ramadhan 1432H. kupohon kemaafan andai tersalah kata,terkasar bahasa, terpukul tak sengaja. Ampun aku. Aku insan lemah lagi hina yang tak lerlepas dari melakukan dosa. Semoga kita  dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang & penuh keinsafan.


Wasalam.

Sunday, June 26, 2011

Stress

Perlu ke aku tukar keje? Ntah la.. Semakin hari semakin stress dgn keje yg brlambak.Kesihatan pn makin merosot. Haihh..mengeluh lagi..


Aku nak keje kat ngan rumah. At least stress mana pun keje,ada kekuatan bila rumah..boleh ngadu kat mak...huhu.. Bestnye cik kidah.


Klau x dpt keje kat ngan rumah pn,dpt keje ngan kawan2 pn ok.. 


Sesapa  bleh tolong aku dptkan keje kat perak,sila tinggalkan komen ok.hehe.

Saturday, May 28, 2011

Kadang-kadang

ihsan mr.google


Kadang-kadang kita rasa sempurnanya hidup orang lain.
Kadang-kadang kita menangisi nasib sendiri.
Kadang-kadang kita mempersoalkan takdir hidup sendiri.


Kadang-kadang kita rasa gembira dengan hidup sendiri.
Kadang-kadang kita rasa bertuahnya hidup sendiri.
Kadang-kadang kita bersyukur dengan ketentuan ilahi.


Kadang-kadang kita merungut kembali.
Kenapa disaat gembira ada saja duka datang menyapa.
Kenapa gembira itu tak berterusan seperti hidup orang lain.
Kenapa Tuhan timpakan bencana buat kita.


Tahukah kau
Susah senang itu semua ujian
Di saat hidup kau terasa begitu gelap sekali
Ingatkah kau pada Dia?
Putus harapkah kau pada Dia? 
Di saat hidup kau terasa begitu sempurna sekali
Ingatkah kau pada Dia?
Besyukurkah kau pada Dia?


Kerana Dia tak pernah melupakan kau. 
Lalu diuji & diuji agar kau sentiasa mengingati-Nya.


Sempurnanya hidup sesorang bila dia menerima setiap ujian dengan redha. Maka,hidupnya nampak sempurna di mata manusia lain. 

Friday, May 27, 2011

Diari Minggu Ini

Mggu ni minggu paling sibuk dalam hidup aku. Tetibe dtg brtimbun2 keje. Ade sehari tu aku tak makan langsung sbb nak siapkan keje. Dahla balik nk dekat kul 12. Aku pn xtau nape aku x mkn.Aku stress sgt masa tu. Sampai sekarang perut aku ni rasa sakit lg.huhu.


Dalam byk keje tu,bleh la plak kena organize event.Rasa cm nk jerit kuat2 je. Finally sumenya da tamat. Fuhh..lega sangat. Yang paling best mkn buffet lunch kat hotel pastu tgok kung fu panda 2. Yeay,rasa hilang segala serabut dalam kepala. Tapi tak larat makan sangat sbb gastrik tak hilang lg. +_+ Rasa rugi gila.dahla ad sushi..seafood bagai.Ohh..trbayang mknn enak2..;)


Arini ada collegue nk brenti keje. Dia last day arini. Aku rasa cm sdih sgt walaupun bru je knal. Dia byk ajar aku. Memang tak kedekut lar. Siap pesan lagi kat aku suh jaga kesihatan.Aku suspek dia tau aku blik lmbt aritu.haha. So sweet.hehe


Ada byk gambar mknan nak diupload tp rasa mls la plak.Next time jela update.hehe.


p/s: Minggu ni byk mengajar aku erti kesabaran. Jangan kelam sgt.Nnti ape pn xjd.hehe
Yang paling penting,aku bersyukur sangat,di saat aku susah,byk manusia2 yg sudi menghulurkan bantuan. Alhamdulillah. ;)







Sunday, May 8, 2011

Happy WeekNeverEnds

Sesi berpoya2 dengan jayanya. Sesi yg menggembirakan tapi berakhir dgn kesedihan bila duit dilaburkan dgn byknya utk membeli sebuah kegembiraan.Sob3.. hahaha

Tgok origami burung kat belakang.Dibuat khas untuk mendoakan rakyat jepun yg terlibat earthquake aritu. Semua pengunjung bleh lipat origami tu & masuk dlm kotak khas. Nanti staff akan gantungkan kat blkg cm ni. Nice&creative.


the tallest adik =p
Extreme Chocolate



Nasi goreng Libra
Nasi goreng kampung




Makan..makan dan makan. Sebelum pulang sepmpatla membuat sesuatu kepada style rambutku. Nk tgok tak???Sila komen,k. Heeee















Cantikkan gaya rambutku. Opppsss..masa nak amik gambar ni blackout la plak. Sorry.;)

Have a nice day friend!

p/s: Picture blackout diciplak dari blog lain tp mmg da tukar hair style. Cik Syirah, ce teka ce teka.haha

Tuesday, April 19, 2011

Money can't buy happiness







"Duit bukan segala-galanya tapi segalanya perlukan duit" Suatu ketika dulu aku pernah bersetuju dengan ayat tersebut. Duit lah lambang kebahagian. Orang susah akan selalu bergaduh bila takda duit. Nak mati pun perlu duit apa.


Tapi sekarang aku sedar.Memang kebahagian langsung tak bleh dibeli dengan duit.


"Habis tu kenapa ramai orang yg gadoh2,bunuh diri sbb tak cukup duit?"
-Habis tu nape plak orang yang kaya raya tu gadoh2,bunuh2 bagai. Cukup je duit diorang.


Kesimpulannya..duit  banyak ke sikit ke selagi hidup ni tak berada di jalan yang diredhai,selagi tu hati takkan bahagia.Sekian.


p/s: sorry for that sexy video.=p

Tuesday, March 8, 2011

Tetamu dari Kampung Kak Limah

Kelmarin ayajimm@madarame ikkaku @ cik Syirah dari lambor datang kulim. Terima kasih ler sbb datang menjenguk aku kat cni.hehe. Sebenarnye cik Syirah datang sebab dia ade interview kat area cni gak. Terubat rindu aku kat dia walaupun teramat sekejap berjumpe.

Cik syirah sampai  ahad malam. Kesian dia. Jauh perjalanan,banyak kenderaan. Aku pun bawak cik Syirah ke warung Pizza berdekatan. Aku pn first time g sini sebenarnya. Hasilnya....


cik Syirah dengan aksi keamanan. V




Ingat blog cik Kidah je bleh bagi orang terliur makan pizza sedap?haha. Tapi semestinya gambar tak secantik cik Kidah yg kreatif itu. Blog ini agak kedekut gambar. Aku bagi satu je. LoL

Okeh sekarang nak cerita kronologi drama air mata.
Cik syirah interview kul 5 dan aku blik keje kul 5.30. Lepas interview,cik Syirah nak terus balik Lambor katenye.Kwnnya amik kat sana. Kebetulan hujan lebat plak petang tu, aku ingat mmg nak tunggu je cik Syirah kat luar company tempat dia interview. Tup tup..abang aku call bagitau dia dah ade kat area umah sewa aku. Pe lagi aku pn bergegas balik jumpe pika&piya.=)

Lebih kurang 30 mnt pastu cik Syirah tipon. Aku bgtau aku dah balik rumah. Aku pun suh je dia balik Lambor terus, xyah datang umah sewa balik sebab hujan lebat giler. Bahaya tuh! Mase tu aku da sebak da sebab x dpt jmpe.Tapi aku tahan jela sbb Pika ade.Aku pun main2 ngan Pika. 

Pika sangat excited jmpe aku.Melompat2 dia dalam rumah tu.hehe. Abang aku singgah kejap je sbb kebetulan dia lalu kwsan tu. Bila dorang nak balik,Pika buat perangai. "Pika nak ikut mak ngah..Pika nak ikut mak ngah" Ah sudah!Pika xnak balik. Haha. Aku pulak bila situasi macam tu aku rasa nak mengalirkan air mata je. Takpe tahan lagi. Pika balik sambil meraung-raung dalam kete.

Bila dorang da balik,seperti biasa aku wat drama air mata dlm bilik. Sob3.Sedih weh. Syirah & Pika meninggalkan aku sorang2! Ahaha. Cengeng giler. "Mengada arh kau cik Yana. Umur hang nak masuk 25 okeh!=( "


Saturday, March 5, 2011

Aktiviti hujung minggu

gambar lama. sangat selekeh.
Letak 1 gambar je bleh? Bleh la.haha. Kali ni sesi membelanja adik & abang. Mereka makan non-stop.Memang giler arh.Aku hampir nak muntah pun ade. Klau 10 orang mcm aku dtg tempat ni,untung giler kut tuan kedai. Sbb bayar mahal2,makan cket da kenyang.haha


Bagi yang tak penah datang, ni la Seoul Garden. Makan mcam2 dengan 1 harga. 
Masak ar sendiri. Pastu mkn sendiri.Pencuci mulut pn byk. Ade eskrem, salad buah, cendol(sendiri campur bahan), rojak buah.
Air plak sesuke hatila nk refill bape kali. Bahan2 mentah bleh amik sebanyak mane yg korang nak tapi AWAS, klau x habes kene bayar beb!ikut gram plak tu.


Tapi mstila ade time limit kan. Kat autocity:


Weekend :
Lunch : 11.30 a.m--> 3.59 p.m
dinner : 4.00 p.m --> 10.30 p.m


Harga bleh search kat google la ek.hehe. Takle mhl klau pegi stakat 2 org. Nnti mintak cup separuh dr bil org je tau. Sbb
harge cup tu mhl duh. Lgpn air leh refill byk kali.so xde problem kut amik cup cket.  Sekian.
***********************************************************
Anti-sosial kah aku?


Bila orang tanye, tak nak pindah ke? (sbb tmpat yg aku sewa ni kwsn kg), aku rasa serba-salah nk jwb.
Diorg ckp kalau pndah dekat ngn ni..dekat ngan tu..(shopping complex)

Ntahla.aku rase klau pndah pn aku still  lg lbih suka duk umah. Bila kat tempat orang ni aku rasa ape2 pn x best. Aku masih lg akan bershopping+tgok wyg kat ipoh klau ada nafsu ke arah itu.
Tak normalkah aku?


Haih.Orang tak paham.Aku pn tak phm gak.haha.


Satu-satunya alasan relevan yang boleh buat aku pindah ialah keselamatan. Klau waktu normal kerja okla. Tapi bila wat OT kene balik lmbt.So bahaya la gak sbb kwsn aku sunyi bila malam. (kene lalu kwsn kelapa sawit).


Haih.Napela susah untuk aku sesuaikan diri. 
"Mengeluh je keje ko ye! Ish3.."

Thursday, March 3, 2011

Terima kasih kerana pahala itu..

Peringatan untuk diri sendiri dan pemberitahuan untuk orang lain.


Bila berkata sesuatu yang buruk tentang seseorang:


1. Dan bila perkara tersebut adalah fakta maka ianya adalah mengumpat. Malah kita sebenarnya sedang menyebarkan aib orang sedangkan Allah sendiri menyembunyikan aib hambaNya. Kita?


2. Dan bila perkara tersebut adalah auta(tidak benar) maka ianya adalah memfitnah. 


Kesimpulannya, cakap buruk tentang seseorang memang takde manfaat pun malah menyebabkan pahala di tahap berbahaya. Jadi,jom kita sembang baik-baik aje. Biarla hidup ini menggembirakan orang lain. =)


Sumber: Inspirasi



Monday, February 28, 2011

Gaji pertama

Akhirnya dapat gak merasa duit gaji sendiri. Ingat nak enjoy sakan.Tup tup..banyak plak duit kene guna bulan ni. Roadtax+lesen.Boleh plak sume expired serentak. Takpe2.Tak baik mengeluh kan. Bersyukur sbb ada gak duit. Maka smart phone terpaksala pending dlu. ;)

Kepada teman2 baikku, sabar ye.( cik kidah+ cik madarame) Nnti saye blanje. Semestinya kalian tak akan dilupakan. Klau tak bulan ni,bulan depan okeh!hehe.

Aritu saje2 je g survey kereta.Padahal bru sbulan keje kot.Nk byr down payment pn x lpas.kih3. Abah cakap klau nak beli kereta skrg beli je second hand dlu. Settle kan dalam 1 thun lebih. Dalam masa yang sama kumpul duit sebelum beli kereta baru. Maksudnya bayar banyakla down payment tu nnti. So,nnti tak payahla hutang lame2. Baek abah! 

Survey kereta myvi 2nd hand. Plat pn bru la lagi.2006. Tapi aku x berkenan sangat color dia.Klau pink mcm cik kidah,saya okeh je.=) Pastu tengok tayar dia macam da botak. Plus ianya 1000cc je. Jadi saya & abah sepakat reject kereta tu.

Seriously,kalau orang tanye kereta idaman aku,aku tak tau nk jwb ape.Sbb nafsu aku yg 9,takde satu pn pada kereta. Aku lebih minat pada henpon,baju,tudung, kasut. Aku boleh habiskan 3 jam++ kat shopping complex sorang2(klau ade duitla,klau xde aku moody). Tapi kalau abah ajak g survey kereta, aku malas sangat. Ikutkan hati aku nak suh je abah pilih kereta ape2.Aku tolong pilihkan warna je.hihi.Bertuah!
Gambar hasil google-an.Terima kasih website berkaitan.


 Teringin nak beli.Kawan2 tolong pilih jap!
Errr..ko mampu ke cik yana.Dush dush dush!! HAhaha. Berangan je aku nih.Probation period pn x abes lg. Tolong lempang aku jap! =D


Tuesday, February 22, 2011

N.O.V.E.M.B.E.R

Ni dari  hasil kajian Dato Hj Fadzilah Kamsah tentang rahsia bulan kelahiran. Ehem..ehem..Ni bukan macam zodiak tu ye adik-adik.Ni cuma hasil kajian terhadap sample mengikut tarikh kelahiran. Aku agak jela kan. 
Mari kita lihat siapa yang kena! Okeh. Bawah ni aku copy pasta bulan kelahiran aku-november. Pastu aku listkan yang mane sebijik cam perangai aku.(err..aku mls,jd aku warnakan font ajelah.)


Pink-perangai aku
biru-itu bukan aku
purple -ulasan
hitam- aku tak pasti.U tell me.=)


Jom ke sesi memuji diri sendiri.kih3.

NOVEMBER
  1. Banyak idea dalam perkara.
  2. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.-suka buat perangai gila2.
  3. Berfikiran kehadapan.
  4. Berfikiran unik dan bijak.
  5. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  6. Pemikiran yang tajam.
  7. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.-Suka menganalisis seseorang dalam diam.
  8. Sesuai jadi seorang doktor.-Jauh menyimpang nih.
  9. Cermat dan teliti.-Sangat la tak tepat. Buktinya tengok tulisan aku.=p
  10. Personaliti yang dinamik.
  11. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.-ni obvious kut.Terutama jd stalker kat virtual world.heh
  12. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.- banyak cakap dengan mereka-mereka yang kenal baik buruk aku.
  13. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  14. Terlalu degil dan keras hati.-Dulu ya.Sekarang dalam proses berubah.
  15. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.-Especially bila nak shopping baju.Hoh?
  16. Tak suka marah kecuali digugat.-Hmmm..
  17. Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  18. Pandai muhasabah diri.-Selalu bercakap sorang2.mcm orang tak betul pn ade.;)
  19. Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  20. Otak yang sangat tajam.-not a fast learner
  21. Pandai mendorong diri sendiri.-mendorong diri kerja kuat nak beli smart henpon.What da fish!
  22. Tidak hargai pujian.-bukan tak hargai tapi takut pujian.Takut orang terlebih puji.Padahal diri ini biasa-biasa aje.
  23. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  24. Cuba sampai berjaya.
  25. Badan yang sasa.-mestila tak
  26. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  27. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  28. Suka duduk di rumah.-Penambahan:Suka duduk di rumah kat ipoh.hehe
  29. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  30. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  31. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi:emo terlebih+cengeng
  32. Bercita-cita tinggi.
  33. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah: so,don't judge me ok.



    Tuesday, February 15, 2011

    Itadakimasu

    Tetibe mengidam plak nak makan tauhu jepun. Since aku baru je pindah & bahan-bahan masakan tak beli lagi, maka aku akan masak je kat kedai jap lagi. Haha.Alasan semata-mata.Aku memang pemalas.^_*
    klik utk resepi dari tuan punya blog
    Aku penah gak try masak benda alah ni.Tapi tak jadi sbb time nak goreng,tauhu tu melekat-lekat. Maybe sbb minyak tak banyak kut. Tapi bila aku google ada gak petua utk elak lekat;celup tauhu dalam bancuhan tepung. Macam resepi ni. Klik

    Okeh.Jum makan.

    Monday, February 14, 2011

    Hari-hariku..

    Esok cuti.Tak tau nak pegi mana. Kalau ada duit sedapla gak nak g jalan-jalan. Takpe aku sedar diri.Dok je umah diam-diam.*_*


    Since bilik aku still lagi serabut,esok mmg aku plan nak mengemas cket. Keje mendobi+tukar cadar+basuh pinggan baru je siap tadi.yahooo!! nak tgok tv plak tapi entah kenapa rasa tak mood pdahal ada astro kut.Siap akak housemate tu subscribe astro first-hantu kak limah lagi.Tapi aku bosan. Aku rela dok Ipoh yang takde astro tu.huhu. *Mengada!


    Aku rasa astro-first ni untung kalau utk family/orang yg suka tgok citer yang sama byk kali. Sebab rm15 dah bleh tgok muvi ramai-ramai.Klau kat cinema rm10 sorang kut. Duration dia 2 hari. Tapi kalau untuk aku rugi kut.Sbb aku cepat bosan.Tgok sekali je da ckup.;)


    ********************************************************
    Kat tempat keje aku dah ada kawan-kawan.Slalu g makan ngan dorang. Aku tumpang je. Aku tgok bila g makan macam ada sistem gilir-gilir bwak kereta masing-masing tapi secara sukarela. Kadang-kadang aku rasa bersalah gak sbb tak pnh nak bawak dorg naik kete aku.Bukan ape.Segan kut. Kete aku buruk je.Dorg punye kete..mak aih..segan den nak naik. Perlukah aku offer diri membawa mereka? Adooii..nnti dorg ingt aku save minyak pulak.+_+


    Setakat ni..aku tak rasa lagi pressure keje sbb aku tak start pn buat keje.HAhaHA. Asyik-asyik dapat material untuk training. Aku bukan tak suka keadaan camni tapi aku takut bila dapat task nnti,tak terbuat plak. Tapi setakat ni aku positif lagi sbb officemate aku meyakinkan aku keje ni takla susah sangat. Yakin boleh! =D


    Sepanjang hidup aku,memang permulaan sesuatu tu amat susah. Tapi kepayahan tu akhirnya berbaloi.Don't u remember? Poli(2004) Utem(2007)--menangis mula2 sem sbb rasa tak boleh nak bawak. =D
    Remember.Remember.Remember!

    Sunday, February 13, 2011

    K.A.R.M.A

    Dulu aku asyik gelakkan gambar I.C seorang teman. Sekarang gambar badge keje aku..sejibik macam gambar I.C tu.Bukan muka sama.Tapi mimik muka yang sama.Wuuuaaaa. Balasan. Padan muka aku! ha ha ha.


    Miss her so much!



    Wednesday, February 9, 2011

    Kerna terpaksa

    Kerna terpaksa aku melangkah pergi
    Kerna terpaksa ku turut kata hati
    Gementar tubuhku dengan keputusan ini
    Biarpun pedih ku teruskan jua

    Di antara kita mengapa ada dia
    Biarpun hanya kawan biasa

    Tapi ku rasa berlainan caranya
    Hingga mencakar perasaanku
    Terpaksaku
    Terpaksaku membuat pilihan
    Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

    Kerna terpaksa aku rela sendiri
    Kerna terpaksa lalu aku menangis
    Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
    Tidak ku tahu bila kan terbuka


    Di antara kita mengapa ada dia
    Biarpun hanya kawan biasa
    Tapi ku rasa berlainan caranya
    Hingga mencakar perasaanku
    Andainya ku melakukan begitu
    Bagaimanakah perasaanmu
    Terpaksaku
    Terpaksaku membuat pilihan
    Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

    Francessca Peters (Manan Ngah / Juwie & Zief)
    copy paste dari: www.liriklagu.com


    Sedih je bila dengar lagu ni.Padahal bukan ada kena mengena dengan aku pun.Walaupun aku takde pengalaman camtu tapi bila aku dengar lagu ni aku dapat rasa kepedihan yang ditanggung. So sad. Pedih.Luka.Jatuh.Tersungkur. Rasa nak menangis je.Apela jiwang sangat aku nih.


    Mesti sedih kan bila kekasih/tunang/suami/isteri ada orang lain.


    Aku tak pernah masuk stage ni.Tentunya tak layak untuk aku bagi pendapat. 


    Cuma selalu aku dengar ayat ni dan aku rasa sepatutnya diaplikasikan dalam hidup.


    Bila terlalu mencintai seseorang tentunya suatu hari nanti bila dia pergi,kita akan terasa kekecewaan yang amat dasyat.
    Jadi,janganlah mencintai manusia berlebih-lebihan. 
    Cintailah Penciptamu melebihi segala duniawi ini. 


    Walaupun melaksanakan bukan mudah..namun kita boleh mencuba ye tak.

    Sunday, February 6, 2011

    Awkward

    gambar tiada kena mengena dengan entri.=)
    Rasa awkward bertemu dengan housemateku.Sembang pun guna bahasa yang skema-skema. Yerla,aku ni jenis tak mesra alam bila dengan orang yang tak kenal. First impression, akak ni (3 thn tua dr aku) adalah seorang yang baik & matang. Muka dia comeynye. Aku harap segala-galanya berjalan dengan baik.Amin..


    Akak ni citer kat aku yg dia da 2 thun dok sorang2. Tapi okla sbb jiran-jiran kat cni sngatla friendly & prihatin,"tambah beliau lagi.


    Akak ni seorang cikgu. Mase aku mula-mula masuk umah sblum CNY aritu dia takde sbb sekolah da start cuti. Jadi harini first time la aku duk ngan dia kat umah ni.


    Minggu ni dia banyak outstation. Jadi aku akan keseorangan lagi di rumah ni.


    Tapi aku tak taula kalau akak tu sedar sesuatu atau tak. 
    Menyewakan bilik kepadaku sama seperti beliau tinggal keseorangan kerana:


    Pagi-pagi dia pegi kerja awal sblum aku.
    Tgahhari dia balik keje,aku blum pulang.
    Lewat petang atau malam baru aku pulang.
    Mungkin akak tu pun dah tido.


    Kesimpulannya,aku takkan berjumpa akak tu hari-hari bekerja melainkan weekends(tu pun kalau aku tak balik kg.hehe)


    Sori kak. Saya ada penyakit "sakit rumah".Kena balik rumah sekerap yang mungkin. Harap akak tak kisah. =)


    p/s: semoga hari esok bertambah-tambah baik.Amin..

    Saturday, February 5, 2011

    #Holiday End




    credit picture: google.com

    Tuesday, February 1, 2011

    Big girls don't cry

    First working day. Penat ya amat. Bukan sbb buat keje pun tapi sebab ke hulu ke hilir buat badge. Sakitnya kaki.Tu blum masuk sesat dlm company lagi. Haih. Macam-macam. Jangan tak tau, nak ke satu building ke satu building kena naik shuttle tau. Naseb baik 15 min je sela masa antara shuttle.Naik kete susah,nnti xde tempat letak kete sbb full.


    Ok.Cukup.Malas nak ingat benda yang tak best.Delete. =)


    *****************************************************************
    Balik je keje, cari kedai-kedai tepi jalan nak beli nasi. Nampak plak Nasi kukus ayam berempah. Terliur mak.
    Ape lagi terus buat u-turn sbb dah terlepas. Balik je umah lepas solat terus melantak. Disebabkan kebulur sangat tak smpat nak amik gambo. Sorry..=)


    Kalau nak bagi bintang aku bagi 2.5/5 jela. Sebab aku penah rasa yang lagi sedap kat melaka.Budak-budak Utem mesti tau.Ala,yang depan hostel pompuan taman tasik utama tu. Yg kat cni ,kuah dia totally spice.Ayam plak kecik je. Yang kat melaka tu adala manis-manis cket. Ayam pun besar. 
    Hoi, bersyukur bleh tak?!! Kalau ayam besar pun bukan abis kau makan. hehe


    Okla.nak g iron baju. See u in the next post. ;)
    Berita baik kawan-kawan
    1. Cik kidah dah beli the pink yang hanya terhad keluarannya. Tahniah. Tahniah juga sbb da pandai drive. 
    2. Cik arin bakal bertunang tak lama lagi. Tahniah.


    Happy for both of them.=)


    p/s: nak balik ipoh!YEay!!

    Saturday, January 22, 2011

    T E M A N

    Teman,
    aku tahu,
    kala ini hatimu sedang berduka lara.
    Namun apalah dayaku untuk membantu.

    Teman,
    ingin aku khabarkan segala motivasi,
    agar kau bisa bangkit semula,
    namun,
    aku takut,
    andainya semua itu hanya menambah luka hatimu,
    kerana sesungguhnya aku memahami keadaanmu,
    yang pernah aku harungi dulu.

    Teman,
    kuatkanlah semangatmu,
    pedulikan kata-kata mereka-mereka itu,
    kerana mereka itu terlupa pada sesuatu.

    Ya,mereka itu lupa,
    akan hidup ini ada Pengaturnya,
    mereka lupa apa yang ada pada mereka,
    hanyalah pinjaman semata-mata,
    bukan hak milik kekal,
    sampai masa akan dikembalikan jua.

    Teman,
    dulu aku juga lupa,
    sentiasa memuja kehidupan orang sekeliling,
    indahnya hidup mereka,
    teraturnya hidup mereka,
    tapi tak semudah itu teman.

    Sesungguhnya hidup kita semua sama,
    Tiada yang lebih tiada yang kurang,
    Percayalah teman,
    itulah yang seadil-adilnya diciptakan.
    Percayalah teman,
    setiap kehidupan itu tak sempurna.
    Yang kau lihat itu hanyalah luaran,
    yang tak mungkin direalitikan.

    Teman,
    terimalah kehidupan itu seadanya,
    bahagiakanlah kehidupan itu semampunya,
    kerana itulah yang seharusnya.

    Aku di sini hanya mampu berdoa,
    dari jauh seikhlas hati,
    Semoga kau beroleh cahaya,
    yang mampu menerangi hidupmu...

    Thursday, January 20, 2011

    Puisi Buat Aku

    Wahai diriku,
    Ingatlah.
    jika suatu hari nanti datang kesusahan kepadamu,
    dan kau merasa jalan didepanmu itu,
    jalan mati,
    tiada lagi cabang pilihan,
    tiada lagi cahaya,
    duniamu makin malap kian gelap,
    kanan dan kirimu terus menghimpit,
    terasa tiada lagi ruang untuk bernafas,
    Maka ingatlah kala waktu-waktu kesusahan yang pernah kau lalui.

    Ya, waktu itu.
    waktu bila kau sendiri hampir-hampir tersungkur,
    waktu bila kau hampir-hampir putus harapan
    untuk terus bangun.

    Ya,waktu itu.
    Waktu di mana terbitnya mentari seakan mimpi ngeri.
    Terasa ingin tidur di kamarmu selamanya,
    Hati gusar gundah gulana,
    Hanya air mata berbicara.

    Masih ingatkah dikau,
    Terasa tuhan telah melupakan dirimu,
    doamu seakan tidak dipeduli.
    Namun kau terus berusaha memohon kepada yang Satu,
    Hingga sampai satu titik,
    di mana kau akhirnya menyerah,
    untuk gagal ujian yang diberi.

    Di saat itu,
    Akhirnya,
    Tuhan memakbulkan doamu.
    Barulah mata hatimu melihat sesuatu..

    Tuhanmu tak pernah melupakanmu,
    hanya kau yg sering leka alpa,
    dari mengingatiNya.

    Sesungguhnya ujian itu,
    kerana Dia sayangkanmu,
    Tak ingin kau terus jauh dari-Nya

    Maka jika kau dilanda ujian lagi,
    Ingatlah kenangan ini,
    agar kepercayaan itu terus utuh
    walau ombak badai datang
    menghempas pantai..





    Tuesday, January 11, 2011

    Menjadi manusia yg Cool

    Heh. Orang lain buat blog,aku pun sibuk nak buat. Last2 abandon terabai tak hingat. LoL
    Melalui zaman gelap membuat aku rasa stressed yang teramat. Syukur semua dah berlalu. =)
    Walaupun agak lambat,lantak ah. Aku memang sentiasa lambat.Who cares.It's my life anyway.


    2011
    Selain Improving my English, resolusi 2011 aku adalah nak jadi manusia yang paling Cool.
    Aku ni agak clumsy bila dalam keadaan stress/ first-time-situation.


    Serious aku rasa macam nak demam bila nak masuk stage ni.Aku takut!!! 
    1.Aku takut takde kawan.
    -Pergi makan2 sorang. Aku rasa mcm loser sangat. Sebenarnya aku takut orang mengata aku "kesian..xde kwn la tu" Haha. 


    2. Aku takut tak bleh buat.
    -Sebenarnya aku takut orang mengata aku" Bodoh betul budak ni.Kat mana blaja entah"


    3.Aku takut orang judge aku penampilan aku
    -Aku takut orang mengata aku " Ish..buruk giler dressing dia. Pegila blaja grooming dlu."


    Kesimpulannya aku memang takut dengan kata-kata orang. Aku selalu tanamkan ayat ni dalam hati "Ah,biarla orang nak cakap apa,xluak kot"
    Tapi hatiku selembut gula-gula kapas.Sensitif.


    Aku teringin jadi mcm kawan2 yg lain.Cool je. Takde kawan pun rilek je makan sorang2.Rilek je wat keje sorang2.Boleh je hidup. Tak makan hati dengan umpatan orang lain.Ye.Itulah definisi Cool bg aku.


    Setakat ni pencapaian trtinggi aku shopping sorang2 je kut. 


    Lagi satu aku ada sifat takut kat orang. Terutama orang tu lebih pandai/status tinggi/alim,mula aku gelabah tak hingat.Last-last
    aku kena cop pemalu?! Heh.


    Yeah.Low-self-esteem. So,2011 ni aku harap segala-galanya akan berubah.


    Dari mana nak mula?
    Dari stage ni.Communication skill. U know u can do it.
    Moga Allah bersama-samaku dalam perjalanan ini. =)