Sunday, July 29, 2012

Resolusi 1433H

Ramadhan ke-7 baru berpeluang berbuka puasa di kampung halaman tercinta.Sedih puasa tahun ni sebab beberapa hari sblum kena berbuka puasa kat ofis sbb keje super banyak. Mcm ni la keje company yahudi. Time puasa la nk byk keje.hihi. Saje buat ayat sadis pdahal kebetulan je.Mari kita bersangka baik. =)


Berada di kampung sempatla membuat Pavlova.Belajar buat dgn jiran dah lame dah tapi baru sekarang nk hands-on.Cewah.Abaikan kadar selekeh pavlova tu.Dasar tangan tak berbedung plus serius tak kreatif.hihi.
Senang je resepi ni. Bleh la mencuba! Asalnya nak letak kiwi. Tgok kat jj,bukan main mahal lagi. terus letak anggur.



Resolusi Ramadhan tahun ni (ingt tahun baru je ada resolusi baru?hehe) nak kurangkan pembaziran sebanyak yg mungkin, meningkatkan ibadat sebanyak yg mungkin.Klau tahun lepas,berbuka bermewah-mewahan tahun ni biarla cukup2 makan je.Lagipun diri ini tak makan banyak pun.Selalu satu jenis lauk pn dah kenyang.Yang lain tu selalu dibuat hiasan yang akhirnya dibuang. +_+ Insaf bila tengok orang2 yang kelaparan bahkan ada yang tak berbuka sbb takde mknn. sob3... Nafsu,kwl dirimu!!


Lama dah tak jenguk blog ni.Rindu rasanya.Gambar tunang cik Syirah & cik Shakini pun x update2 lg.Maaf. Kepada cik kidah klau baca, ko dah tukar no phone ke? Msg tak smpai.Marilah join reunion bln 10 ni. =)


Kepada kengkawan yang membaca,selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita dapat menjalani ibadah dengan lebih tenang dan mndapat keberkatan. Di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa,tersilap kata, tersalah langkah.Sudilah maafkan saya hamba lemah lg hina ini.
 ;( Sekiranya ada hutang tertunggak hubungilah la sy utk bayaran. 


Sekian. Selamat berpuasa semua! =)