Monday, February 28, 2011

Gaji pertama

Akhirnya dapat gak merasa duit gaji sendiri. Ingat nak enjoy sakan.Tup tup..banyak plak duit kene guna bulan ni. Roadtax+lesen.Boleh plak sume expired serentak. Takpe2.Tak baik mengeluh kan. Bersyukur sbb ada gak duit. Maka smart phone terpaksala pending dlu. ;)

Kepada teman2 baikku, sabar ye.( cik kidah+ cik madarame) Nnti saye blanje. Semestinya kalian tak akan dilupakan. Klau tak bulan ni,bulan depan okeh!hehe.

Aritu saje2 je g survey kereta.Padahal bru sbulan keje kot.Nk byr down payment pn x lpas.kih3. Abah cakap klau nak beli kereta skrg beli je second hand dlu. Settle kan dalam 1 thun lebih. Dalam masa yang sama kumpul duit sebelum beli kereta baru. Maksudnya bayar banyakla down payment tu nnti. So,nnti tak payahla hutang lame2. Baek abah! 

Survey kereta myvi 2nd hand. Plat pn bru la lagi.2006. Tapi aku x berkenan sangat color dia.Klau pink mcm cik kidah,saya okeh je.=) Pastu tengok tayar dia macam da botak. Plus ianya 1000cc je. Jadi saya & abah sepakat reject kereta tu.

Seriously,kalau orang tanye kereta idaman aku,aku tak tau nk jwb ape.Sbb nafsu aku yg 9,takde satu pn pada kereta. Aku lebih minat pada henpon,baju,tudung, kasut. Aku boleh habiskan 3 jam++ kat shopping complex sorang2(klau ade duitla,klau xde aku moody). Tapi kalau abah ajak g survey kereta, aku malas sangat. Ikutkan hati aku nak suh je abah pilih kereta ape2.Aku tolong pilihkan warna je.hihi.Bertuah!
Gambar hasil google-an.Terima kasih website berkaitan.


 Teringin nak beli.Kawan2 tolong pilih jap!
Errr..ko mampu ke cik yana.Dush dush dush!! HAhaha. Berangan je aku nih.Probation period pn x abes lg. Tolong lempang aku jap! =D


Tuesday, February 22, 2011

N.O.V.E.M.B.E.R

Ni dari  hasil kajian Dato Hj Fadzilah Kamsah tentang rahsia bulan kelahiran. Ehem..ehem..Ni bukan macam zodiak tu ye adik-adik.Ni cuma hasil kajian terhadap sample mengikut tarikh kelahiran. Aku agak jela kan. 
Mari kita lihat siapa yang kena! Okeh. Bawah ni aku copy pasta bulan kelahiran aku-november. Pastu aku listkan yang mane sebijik cam perangai aku.(err..aku mls,jd aku warnakan font ajelah.)


Pink-perangai aku
biru-itu bukan aku
purple -ulasan
hitam- aku tak pasti.U tell me.=)


Jom ke sesi memuji diri sendiri.kih3.

NOVEMBER
  1. Banyak idea dalam perkara.
  2. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.-suka buat perangai gila2.
  3. Berfikiran kehadapan.
  4. Berfikiran unik dan bijak.
  5. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  6. Pemikiran yang tajam.
  7. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.-Suka menganalisis seseorang dalam diam.
  8. Sesuai jadi seorang doktor.-Jauh menyimpang nih.
  9. Cermat dan teliti.-Sangat la tak tepat. Buktinya tengok tulisan aku.=p
  10. Personaliti yang dinamik.
  11. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.-ni obvious kut.Terutama jd stalker kat virtual world.heh
  12. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.- banyak cakap dengan mereka-mereka yang kenal baik buruk aku.
  13. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  14. Terlalu degil dan keras hati.-Dulu ya.Sekarang dalam proses berubah.
  15. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.-Especially bila nak shopping baju.Hoh?
  16. Tak suka marah kecuali digugat.-Hmmm..
  17. Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  18. Pandai muhasabah diri.-Selalu bercakap sorang2.mcm orang tak betul pn ade.;)
  19. Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  20. Otak yang sangat tajam.-not a fast learner
  21. Pandai mendorong diri sendiri.-mendorong diri kerja kuat nak beli smart henpon.What da fish!
  22. Tidak hargai pujian.-bukan tak hargai tapi takut pujian.Takut orang terlebih puji.Padahal diri ini biasa-biasa aje.
  23. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  24. Cuba sampai berjaya.
  25. Badan yang sasa.-mestila tak
  26. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  27. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  28. Suka duduk di rumah.-Penambahan:Suka duduk di rumah kat ipoh.hehe
  29. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  30. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  31. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi:emo terlebih+cengeng
  32. Bercita-cita tinggi.
  33. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah: so,don't judge me ok.



    Tuesday, February 15, 2011

    Itadakimasu

    Tetibe mengidam plak nak makan tauhu jepun. Since aku baru je pindah & bahan-bahan masakan tak beli lagi, maka aku akan masak je kat kedai jap lagi. Haha.Alasan semata-mata.Aku memang pemalas.^_*
    klik utk resepi dari tuan punya blog
    Aku penah gak try masak benda alah ni.Tapi tak jadi sbb time nak goreng,tauhu tu melekat-lekat. Maybe sbb minyak tak banyak kut. Tapi bila aku google ada gak petua utk elak lekat;celup tauhu dalam bancuhan tepung. Macam resepi ni. Klik

    Okeh.Jum makan.

    Monday, February 14, 2011

    Hari-hariku..

    Esok cuti.Tak tau nak pegi mana. Kalau ada duit sedapla gak nak g jalan-jalan. Takpe aku sedar diri.Dok je umah diam-diam.*_*


    Since bilik aku still lagi serabut,esok mmg aku plan nak mengemas cket. Keje mendobi+tukar cadar+basuh pinggan baru je siap tadi.yahooo!! nak tgok tv plak tapi entah kenapa rasa tak mood pdahal ada astro kut.Siap akak housemate tu subscribe astro first-hantu kak limah lagi.Tapi aku bosan. Aku rela dok Ipoh yang takde astro tu.huhu. *Mengada!


    Aku rasa astro-first ni untung kalau utk family/orang yg suka tgok citer yang sama byk kali. Sebab rm15 dah bleh tgok muvi ramai-ramai.Klau kat cinema rm10 sorang kut. Duration dia 2 hari. Tapi kalau untuk aku rugi kut.Sbb aku cepat bosan.Tgok sekali je da ckup.;)


    ********************************************************
    Kat tempat keje aku dah ada kawan-kawan.Slalu g makan ngan dorang. Aku tumpang je. Aku tgok bila g makan macam ada sistem gilir-gilir bwak kereta masing-masing tapi secara sukarela. Kadang-kadang aku rasa bersalah gak sbb tak pnh nak bawak dorg naik kete aku.Bukan ape.Segan kut. Kete aku buruk je.Dorg punye kete..mak aih..segan den nak naik. Perlukah aku offer diri membawa mereka? Adooii..nnti dorg ingt aku save minyak pulak.+_+


    Setakat ni..aku tak rasa lagi pressure keje sbb aku tak start pn buat keje.HAhaHA. Asyik-asyik dapat material untuk training. Aku bukan tak suka keadaan camni tapi aku takut bila dapat task nnti,tak terbuat plak. Tapi setakat ni aku positif lagi sbb officemate aku meyakinkan aku keje ni takla susah sangat. Yakin boleh! =D


    Sepanjang hidup aku,memang permulaan sesuatu tu amat susah. Tapi kepayahan tu akhirnya berbaloi.Don't u remember? Poli(2004) Utem(2007)--menangis mula2 sem sbb rasa tak boleh nak bawak. =D
    Remember.Remember.Remember!

    Sunday, February 13, 2011

    K.A.R.M.A

    Dulu aku asyik gelakkan gambar I.C seorang teman. Sekarang gambar badge keje aku..sejibik macam gambar I.C tu.Bukan muka sama.Tapi mimik muka yang sama.Wuuuaaaa. Balasan. Padan muka aku! ha ha ha.


    Miss her so much!



    Wednesday, February 9, 2011

    Kerna terpaksa

    Kerna terpaksa aku melangkah pergi
    Kerna terpaksa ku turut kata hati
    Gementar tubuhku dengan keputusan ini
    Biarpun pedih ku teruskan jua

    Di antara kita mengapa ada dia
    Biarpun hanya kawan biasa

    Tapi ku rasa berlainan caranya
    Hingga mencakar perasaanku
    Terpaksaku
    Terpaksaku membuat pilihan
    Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

    Kerna terpaksa aku rela sendiri
    Kerna terpaksa lalu aku menangis
    Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
    Tidak ku tahu bila kan terbuka


    Di antara kita mengapa ada dia
    Biarpun hanya kawan biasa
    Tapi ku rasa berlainan caranya
    Hingga mencakar perasaanku
    Andainya ku melakukan begitu
    Bagaimanakah perasaanmu
    Terpaksaku
    Terpaksaku membuat pilihan
    Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

    Francessca Peters (Manan Ngah / Juwie & Zief)
    copy paste dari: www.liriklagu.com


    Sedih je bila dengar lagu ni.Padahal bukan ada kena mengena dengan aku pun.Walaupun aku takde pengalaman camtu tapi bila aku dengar lagu ni aku dapat rasa kepedihan yang ditanggung. So sad. Pedih.Luka.Jatuh.Tersungkur. Rasa nak menangis je.Apela jiwang sangat aku nih.


    Mesti sedih kan bila kekasih/tunang/suami/isteri ada orang lain.


    Aku tak pernah masuk stage ni.Tentunya tak layak untuk aku bagi pendapat. 


    Cuma selalu aku dengar ayat ni dan aku rasa sepatutnya diaplikasikan dalam hidup.


    Bila terlalu mencintai seseorang tentunya suatu hari nanti bila dia pergi,kita akan terasa kekecewaan yang amat dasyat.
    Jadi,janganlah mencintai manusia berlebih-lebihan. 
    Cintailah Penciptamu melebihi segala duniawi ini. 


    Walaupun melaksanakan bukan mudah..namun kita boleh mencuba ye tak.

    Sunday, February 6, 2011

    Awkward

    gambar tiada kena mengena dengan entri.=)
    Rasa awkward bertemu dengan housemateku.Sembang pun guna bahasa yang skema-skema. Yerla,aku ni jenis tak mesra alam bila dengan orang yang tak kenal. First impression, akak ni (3 thn tua dr aku) adalah seorang yang baik & matang. Muka dia comeynye. Aku harap segala-galanya berjalan dengan baik.Amin..


    Akak ni citer kat aku yg dia da 2 thun dok sorang2. Tapi okla sbb jiran-jiran kat cni sngatla friendly & prihatin,"tambah beliau lagi.


    Akak ni seorang cikgu. Mase aku mula-mula masuk umah sblum CNY aritu dia takde sbb sekolah da start cuti. Jadi harini first time la aku duk ngan dia kat umah ni.


    Minggu ni dia banyak outstation. Jadi aku akan keseorangan lagi di rumah ni.


    Tapi aku tak taula kalau akak tu sedar sesuatu atau tak. 
    Menyewakan bilik kepadaku sama seperti beliau tinggal keseorangan kerana:


    Pagi-pagi dia pegi kerja awal sblum aku.
    Tgahhari dia balik keje,aku blum pulang.
    Lewat petang atau malam baru aku pulang.
    Mungkin akak tu pun dah tido.


    Kesimpulannya,aku takkan berjumpa akak tu hari-hari bekerja melainkan weekends(tu pun kalau aku tak balik kg.hehe)


    Sori kak. Saya ada penyakit "sakit rumah".Kena balik rumah sekerap yang mungkin. Harap akak tak kisah. =)


    p/s: semoga hari esok bertambah-tambah baik.Amin..

    Saturday, February 5, 2011

    #Holiday End




    credit picture: google.com

    Tuesday, February 1, 2011

    Big girls don't cry

    First working day. Penat ya amat. Bukan sbb buat keje pun tapi sebab ke hulu ke hilir buat badge. Sakitnya kaki.Tu blum masuk sesat dlm company lagi. Haih. Macam-macam. Jangan tak tau, nak ke satu building ke satu building kena naik shuttle tau. Naseb baik 15 min je sela masa antara shuttle.Naik kete susah,nnti xde tempat letak kete sbb full.


    Ok.Cukup.Malas nak ingat benda yang tak best.Delete. =)


    *****************************************************************
    Balik je keje, cari kedai-kedai tepi jalan nak beli nasi. Nampak plak Nasi kukus ayam berempah. Terliur mak.
    Ape lagi terus buat u-turn sbb dah terlepas. Balik je umah lepas solat terus melantak. Disebabkan kebulur sangat tak smpat nak amik gambo. Sorry..=)


    Kalau nak bagi bintang aku bagi 2.5/5 jela. Sebab aku penah rasa yang lagi sedap kat melaka.Budak-budak Utem mesti tau.Ala,yang depan hostel pompuan taman tasik utama tu. Yg kat cni ,kuah dia totally spice.Ayam plak kecik je. Yang kat melaka tu adala manis-manis cket. Ayam pun besar. 
    Hoi, bersyukur bleh tak?!! Kalau ayam besar pun bukan abis kau makan. hehe


    Okla.nak g iron baju. See u in the next post. ;)
    Berita baik kawan-kawan
    1. Cik kidah dah beli the pink yang hanya terhad keluarannya. Tahniah. Tahniah juga sbb da pandai drive. 
    2. Cik arin bakal bertunang tak lama lagi. Tahniah.


    Happy for both of them.=)


    p/s: nak balik ipoh!YEay!!