Showing posts with label working life. Show all posts
Showing posts with label working life. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Happy Anniversary!

Malam ni aku rasa nak demam sangat.Dari tadi asyik bersin tak berenti. Tapi mengenangkan hari ini hari penting aku,aku update la jugak blog ni.haha






kenangan tembuilding kat E&0. Jadi ajk event.=p




Hari ni ulang tahun pertama aku bekerja. Yeay! (Best la tu.Org lain dah brtahun2 dah...hee) Klau ikutkan,aku sendiri pun tak sangka aku dapat menghabiskan setahun kat cni. Asal tension je,nanges sikit,bukak jobstreet.kahkahkah.


Tapi Allah dah tentukan tempatku. Mungkin belum masanya lagi untuk aku bertukar kerja. Masuk kat sini memang tak dirancang. Sorry,aku memang tak guna kabel langsung masuk sini walaupun aku ade kabel kecik secoit kat cni. haha


Aku apply through jobstreet, position software engineer kat Penang. Within 2 weeks after interview tu company tu call tanye aku minat tak utk post lain kat kulim. Aku pun mase tu tengah jobless,blasah je la kan walaupun aku cukup benci subjek ni masa study dlu, plus aku dah tggal benda ni 3 tahun kut. Aku blaja mase diploma dulu. 


Masa interview utk post ni entah ape2 je aku jawab.Tu pun naseb adik aku blaja subjek ni kat uni dia.Dia la jadi cikgu aku semalaman.Thanks adikku.




Aku pun terima keje (Mask Layout Design Eng.) ni dengan redha.Ape nak jadi jadila. Finally,aku sampai gak ke stage hari ni.(1year). Not bad gak la kadar kecepat capaian otak aku! kahkah.Tak sedar diri tul.Puiii.


Aku bersyukur sangat sebab dah sampai ke tahap ni. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan di masa hadapan.Amin..



Sunday, June 26, 2011

Stress

Perlu ke aku tukar keje? Ntah la.. Semakin hari semakin stress dgn keje yg brlambak.Kesihatan pn makin merosot. Haihh..mengeluh lagi..


Aku nak keje kat ngan rumah. At least stress mana pun keje,ada kekuatan bila rumah..boleh ngadu kat mak...huhu.. Bestnye cik kidah.


Klau x dpt keje kat ngan rumah pn,dpt keje ngan kawan2 pn ok.. 


Sesapa  bleh tolong aku dptkan keje kat perak,sila tinggalkan komen ok.hehe.

Friday, May 27, 2011

Diari Minggu Ini

Mggu ni minggu paling sibuk dalam hidup aku. Tetibe dtg brtimbun2 keje. Ade sehari tu aku tak makan langsung sbb nak siapkan keje. Dahla balik nk dekat kul 12. Aku pn xtau nape aku x mkn.Aku stress sgt masa tu. Sampai sekarang perut aku ni rasa sakit lg.huhu.


Dalam byk keje tu,bleh la plak kena organize event.Rasa cm nk jerit kuat2 je. Finally sumenya da tamat. Fuhh..lega sangat. Yang paling best mkn buffet lunch kat hotel pastu tgok kung fu panda 2. Yeay,rasa hilang segala serabut dalam kepala. Tapi tak larat makan sangat sbb gastrik tak hilang lg. +_+ Rasa rugi gila.dahla ad sushi..seafood bagai.Ohh..trbayang mknn enak2..;)


Arini ada collegue nk brenti keje. Dia last day arini. Aku rasa cm sdih sgt walaupun bru je knal. Dia byk ajar aku. Memang tak kedekut lar. Siap pesan lagi kat aku suh jaga kesihatan.Aku suspek dia tau aku blik lmbt aritu.haha. So sweet.hehe


Ada byk gambar mknan nak diupload tp rasa mls la plak.Next time jela update.hehe.


p/s: Minggu ni byk mengajar aku erti kesabaran. Jangan kelam sgt.Nnti ape pn xjd.hehe
Yang paling penting,aku bersyukur sangat,di saat aku susah,byk manusia2 yg sudi menghulurkan bantuan. Alhamdulillah. ;)







Monday, February 14, 2011

Hari-hariku..

Esok cuti.Tak tau nak pegi mana. Kalau ada duit sedapla gak nak g jalan-jalan. Takpe aku sedar diri.Dok je umah diam-diam.*_*


Since bilik aku still lagi serabut,esok mmg aku plan nak mengemas cket. Keje mendobi+tukar cadar+basuh pinggan baru je siap tadi.yahooo!! nak tgok tv plak tapi entah kenapa rasa tak mood pdahal ada astro kut.Siap akak housemate tu subscribe astro first-hantu kak limah lagi.Tapi aku bosan. Aku rela dok Ipoh yang takde astro tu.huhu. *Mengada!


Aku rasa astro-first ni untung kalau utk family/orang yg suka tgok citer yang sama byk kali. Sebab rm15 dah bleh tgok muvi ramai-ramai.Klau kat cinema rm10 sorang kut. Duration dia 2 hari. Tapi kalau untuk aku rugi kut.Sbb aku cepat bosan.Tgok sekali je da ckup.;)


********************************************************
Kat tempat keje aku dah ada kawan-kawan.Slalu g makan ngan dorang. Aku tumpang je. Aku tgok bila g makan macam ada sistem gilir-gilir bwak kereta masing-masing tapi secara sukarela. Kadang-kadang aku rasa bersalah gak sbb tak pnh nak bawak dorg naik kete aku.Bukan ape.Segan kut. Kete aku buruk je.Dorg punye kete..mak aih..segan den nak naik. Perlukah aku offer diri membawa mereka? Adooii..nnti dorg ingt aku save minyak pulak.+_+


Setakat ni..aku tak rasa lagi pressure keje sbb aku tak start pn buat keje.HAhaHA. Asyik-asyik dapat material untuk training. Aku bukan tak suka keadaan camni tapi aku takut bila dapat task nnti,tak terbuat plak. Tapi setakat ni aku positif lagi sbb officemate aku meyakinkan aku keje ni takla susah sangat. Yakin boleh! =D


Sepanjang hidup aku,memang permulaan sesuatu tu amat susah. Tapi kepayahan tu akhirnya berbaloi.Don't u remember? Poli(2004) Utem(2007)--menangis mula2 sem sbb rasa tak boleh nak bawak. =D
Remember.Remember.Remember!

Sunday, February 6, 2011

Awkward

gambar tiada kena mengena dengan entri.=)
Rasa awkward bertemu dengan housemateku.Sembang pun guna bahasa yang skema-skema. Yerla,aku ni jenis tak mesra alam bila dengan orang yang tak kenal. First impression, akak ni (3 thn tua dr aku) adalah seorang yang baik & matang. Muka dia comeynye. Aku harap segala-galanya berjalan dengan baik.Amin..


Akak ni citer kat aku yg dia da 2 thun dok sorang2. Tapi okla sbb jiran-jiran kat cni sngatla friendly & prihatin,"tambah beliau lagi.


Akak ni seorang cikgu. Mase aku mula-mula masuk umah sblum CNY aritu dia takde sbb sekolah da start cuti. Jadi harini first time la aku duk ngan dia kat umah ni.


Minggu ni dia banyak outstation. Jadi aku akan keseorangan lagi di rumah ni.


Tapi aku tak taula kalau akak tu sedar sesuatu atau tak. 
Menyewakan bilik kepadaku sama seperti beliau tinggal keseorangan kerana:


Pagi-pagi dia pegi kerja awal sblum aku.
Tgahhari dia balik keje,aku blum pulang.
Lewat petang atau malam baru aku pulang.
Mungkin akak tu pun dah tido.


Kesimpulannya,aku takkan berjumpa akak tu hari-hari bekerja melainkan weekends(tu pun kalau aku tak balik kg.hehe)


Sori kak. Saya ada penyakit "sakit rumah".Kena balik rumah sekerap yang mungkin. Harap akak tak kisah. =)


p/s: semoga hari esok bertambah-tambah baik.Amin..

Tuesday, February 1, 2011

Big girls don't cry

First working day. Penat ya amat. Bukan sbb buat keje pun tapi sebab ke hulu ke hilir buat badge. Sakitnya kaki.Tu blum masuk sesat dlm company lagi. Haih. Macam-macam. Jangan tak tau, nak ke satu building ke satu building kena naik shuttle tau. Naseb baik 15 min je sela masa antara shuttle.Naik kete susah,nnti xde tempat letak kete sbb full.


Ok.Cukup.Malas nak ingat benda yang tak best.Delete. =)


*****************************************************************
Balik je keje, cari kedai-kedai tepi jalan nak beli nasi. Nampak plak Nasi kukus ayam berempah. Terliur mak.
Ape lagi terus buat u-turn sbb dah terlepas. Balik je umah lepas solat terus melantak. Disebabkan kebulur sangat tak smpat nak amik gambo. Sorry..=)


Kalau nak bagi bintang aku bagi 2.5/5 jela. Sebab aku penah rasa yang lagi sedap kat melaka.Budak-budak Utem mesti tau.Ala,yang depan hostel pompuan taman tasik utama tu. Yg kat cni ,kuah dia totally spice.Ayam plak kecik je. Yang kat melaka tu adala manis-manis cket. Ayam pun besar. 
Hoi, bersyukur bleh tak?!! Kalau ayam besar pun bukan abis kau makan. hehe


Okla.nak g iron baju. See u in the next post. ;)
Berita baik kawan-kawan
1. Cik kidah dah beli the pink yang hanya terhad keluarannya. Tahniah. Tahniah juga sbb da pandai drive. 
2. Cik arin bakal bertunang tak lama lagi. Tahniah.


Happy for both of them.=)


p/s: nak balik ipoh!YEay!!