Sunday, December 30, 2012

2013

2013,

Hello 2013.I can't wait to meet you. I have plenty plans in my mind for you. Hope u are going to love it! Although I know..how perfect my plan is,at the end i just can pray and leave it to the Best planner of all.. All i'm going to do right now is just follow the plan. Have faith that everything will work out for the best.

2012,
Sorry. I have to leave you at this point. All  pain, sorrow, tears, anger, disappointment ..how I wish I could erase all these memories. I'll try my best to do that in order to make me a better human being. Live a happy life without any negative feelings inside me. Yup..negative feelings only destroy yourself without you noticing it. Been there.  "The best revenge is living a successful, good life, and just being happy. "

Somehow..aku bersyukur. Aku salah seorang hamba yang disayangi tuhan.Diuji dan terus diuji.Sebab Allah tahu, bila aku gembira aku jarang ingat pada Dia. Aku tak sungguh-sungguh buat yang disuruh.Aku jarang menyebut namaNya selain waktu-waktu yang aku patut menghadapnya setiap hari.

Dan aku dilahirkan untuk tak suka berkongsi perasaan.Cold. Kerana aku tak rasa worth it untuk percaya orang-orang selain family sendiri. Kadang-kadang aku menyesal bercerita sesama manusia.Aku bercerita dgn suara halus 1m tapi suaraku didengari 10km. Mungkin hikmah memendam perasaan itu supaya aku dpt luahkan pada Dia. It's hard but i know its going to be worth it.If not now..maybe in the future.

Mungkin aku dilahirkan untuk mendengar bukan didengari. Sometimes it hurts when i cant do anything when people talk something yang tak betul.Aku akan jawab sekali je.If you manipulate my words..suka hati lah. Kuase mak nak layan.Yes,I'm not good enough at defending myself.So sad but true ;( Diam bukan bermaksud betul tapi lebih kepada tak nak mengeruhkan keadaan. Diam bermaksud aku dah bosan dengan soalan yang sama tapi bila dah jawab, jawapan yang diberi tak pernah memuaskan hati. Diam bermaksud I can't handle this type of question anymore.

Huh..panjang tak bebelan 2012? hehe. Is 2012 that bad? The answer is Nop. Every year ujian dugaan datang. Perasaan yang sama. Jatuh. Paralyzed. Bila aku jatuh..all i need is some time for myself to heals all wounds. One negative word at this moment even though  is a joke will make me fall again. Silent is enough if positive words seem too extreme for me. =)

Aaa..again. Please don't take it as serious business  ;) This is how I filled my free time, empty soul. Huh. again.. it's exaggerate!  =p

Selamat tinggal 2012 & Selamat datang 2013.





Friday, November 16, 2012

Uneraseable memory

Homemade Choc indulgence by ima. Delicious! 

sape kate pompuan tak reti hidupkan api. see the hand la kan syirah.hehe

homemade coleslaw.lagi sedap dari kepsi.siyes!

sume masak sendiri.jeles dgn ima... ;p

mashed potato. jeles lg ngan ima yg pndai masak tu..

Thank god.After an hour baru hidup api.Tu pun lepas lamborian yg hebat tu  usaha tnpa ptus asa..keh3. Time tu aku mmg dah give up.nak masak atas dapur je.hihi. Yup..pompuan x hebat  tapi we still made it!yeay!! =)

best fren forever and ever.. Kidah..lenkali join tau!

Taraaaa....hasil ke perut. ;p

Thursday, November 8, 2012

Faith & Fate


Pagi tadi pegi kerja..Drive kat lorong kanan. Sbb kiri banyak motor. Tibe2 ade kete kat blakang laju. Punyala rapat. Bengang rasenye. Nak ke kiri tak boleh sbb ada motor. Nak laju pun tak boleh sbb  kereta kat depan ade banyak. Dalam hati maki2 " hei, agak2la nk cucuk pn. Kat depan byk kete kut.."

Pastu tgok kete tu ke kiri. Dalam hati "padan muka. bukan bleh ptong ikut kiri pun..ade motor.
pdan muka!! *dgn muka puas hati*"

Tetibe kete tu trus masuk simpang.


Ooh..rupanya kereta tu laju sbb nak potong motor.Dia nak membelok.

Malu. Kadang-kadang kita tak tahu pun apa niat orang. Tak.Memang kita takkan tahu.

Lepas kita bagi 1001 alasan utk mempertikaikan niat orang, kesudahannya kita menyesal bila itu kesudahan tu tak sama macam skrip drama yang kita cipta.=) Itu aku. Selalu begitu.






Friday, November 2, 2012

26




Perempuan-perempuan hebat tengah masak lemang. ;)

Selamat Hari Raya AildilAdha semua! 

Selamat Hari Lahir ke 26 utk diri sendiri. =)


Semoga Allah sentiasa bersamaku dalam setiap langkah dalam setiap keputusan..

Semoga kuat setia bersamaku dikala aku jatuh.

Semoga tabah teguh disisiku disaat aku lemah

Semoga sabar sentiasa tersemat dihati disaat akalku dikuasai emosi.


Tabahlah diri.

Ujian itu untuk mengajar kau supaya lebih bersabar. 

Semoga hari-hariku bertambah baik dari sebelumnya.

Semoga langkahku sentiasa berada dalam keredhaan Nya

Selamat ulangtahun hidup di dunia ini untuk kali yang ke 26


Sunday, October 14, 2012

Sabar



Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. 

ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” 


Hal ini kita kaitkan dengan belajar, kawan-kawan, kalau kita tidak amanah semasa kita belajar dahulu sebagai contoh membawa nota kecil semasa peperiksaan, maka, adakah halal rezeki yang kita dapat sekarang? Perlukah kita mempertikai rezeki yang sedikit yang Allah berikan kepada kita? Maka, jangan diteruskan amalan ini. Kepada kawan-kawan yang masih belajar, berhati-hatilah. Kepada yang telah bekerja, mungkinkah rezeki yang kita dapat sekarang ini halal? Bagaimana untuk diberikan kepada ibu bapa, isteri & anak-anak? ALLAHUAKBAR..AMPUNKAN HAMBAMU INI YA ALLAH...ASTAGHFIRULLAHALAZIM... 

 -copy paste from fb- 


Terima kasih org yang share. Mengingatkan aku kpd apa yg berlaku. Betapa aku asyik mempersoalkan takdir sedangkan Allah itu sayang aku. Ampunkan aku tuhan. ;(







Friday, August 31, 2012

Monday, August 13, 2012

Me

credit picture :  http://www.tiffinbiru.com/2010/05/kek-marble-sheila-mambo.html

Tempting kan? Pehh..meleleh air liur tgok tgah2 puasa ni. huhu. Nak resepi bleh la pegi kat blog kat atas. 
Tapi raye tak masak pn kek ni.Saje nak uji puasa korang.hehe. Balik kg khamis ni dah plan nak buat 2 jnis biskut dan 1 kek. Yang lain mak dah buat kut.hihi. Rasenya tahun ni je 70% kuih raya buat sendiri. Tahun-tahun lepas mmg 100%  kuih raya homemade. Tahun ni mak pn dah tak larat.Tak pela.Kite beli je klau tak ckup.=)

Sape2 yang ada di kawasan berdekatan jemputlah datang ke rumahku. =) Klau yg berjauhan nak dtg pn jemputla.Di alu-alukan.=)

Tahun ni aku rase sedih sgt nak balik kg. Macam aku balik tak balik2 dah.Ok.aku merepek je.
Kpd kwn2 sekolah,poli,utem,keje. Aku sayang korang sume. Klau aku ada buat salah,maafkanlah aku manusia lemah lg tak berdaya ni =(

Selamat berpuasa & Selamat hari raya.

Sunday, August 12, 2012

Salam Ramadhan dari Perantauan




#PUASA1


       #PUASA2

                                                             


#PUASA 22

Alhamdulillah.. =)

p/s: Hairan tak nape tetibe rajin update blog? Tak?? Takpe,aku assume je sume hairan.haha. Tgah stress keje ni harus gembirakan diri sndiri. Maklum la.keje hari ni ibarat tikus baiki labu.sobs..


p/p/s : Salam ramadhan dari saya yang jauh di perantauan. Tengah berpantang dengar lagu raya utk elakkan drama air mata.hehe. Over la u ni...kuikuikui

Saturday, August 11, 2012

Kahwin awal?



1. http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/4704-kenapa-jodoh-tak-kunjung-tiba.html

Sebenarnya dah lama aku baca artikel kat atas ni tapi baru sekarang nak ulas lepas aku baca artikel kat bawah ni. 

2. http://honeykoyuki.blogspot.com/2012/08/keep-calm.html

Klau baca artikel yg 1st tu memang agak kontroversi jugak la brdasarkan komen-komen kat website tu. Ramai yang terasa sebab penggunaan ayat penulis tu agak mengguris perasaan.Haha. Tapi mari bersangka baik.Mungkin penulis tak berniat pun.Cuma penggunaan ayat yg salah , cth :


"Bila fikir, kan bang, kesian sebenarnya. Apalah yang kawan-kawan kita yang belum kahwin tu cari agaknya dalam pasangan mereka, kan?"Nak cari 'Mr Perfect' agaknya. Tinggi sangat benchmarknya. Sampai sekarang masih sendiri.Mereka ni semua sunyi tau, bang? Tak ada pasangan yang nak kongsi kegembiraan, kesedihan, menjadi tempat mengadu... Kesian, kan?"

Well,aku rasa agak kurang sesuai la utk si penulis tulis begitu sedangkan beliau sudah berkahwin dan situasi di atas berlaku kpd bbrapa org rakannya. Rasenye tak adil dia tulis general begitu seolah-olah semua yang tak kahwin tu terlalu memilih.
Ya,aku tau memang beruntung orang yang kahwin awal. Tapi yang kahwin lambat tu bukan semua yang memang nak lambat2 kan. 
Sometimes aku pelik dengan orang yang asyik nak merendah-rendahkan orang yang kahwin lambat ni. Macam mana dengan rukun iman yg ke-6.Tak percaya kah? Orang slalu ckap jodoh,ajal maut semua tuhan dah tentukan. Jadi kenapa dipersoalkan?
Mcm emo lak aku ni.hihi.Tak la.=) Tapi tu la realiti. Manusia kerap kali mencari salah manusia lain bila mereka tak berada dalam situasi tu.
Contohnya :
S seorang yg dah kawen tapi belum ada anak. Z seorang bujang.
Z: Ko ni dah brthun2 kawen,bila nk ada anak?
S: *sentap* %@$%&

Situasi lain
S: Ko ni dah 30 lebih dah.Bila nak kawen.Jgn tggu jd andartu plak.
Z:*&$%^*

Situasi ni banyak berlaku sbnarnya. Tapi yang kita tak tahu; sesiapa dalam situasi Z tak rasa pun S tu kecik hati bila tanya soalan.Begitulah sebaliknya. Sebab? Sebab kita bukan dalam kasut mereka.So,kita tanya guna mulut je la.Betul tak?
Jangan salah paham.Aku tak tujukan kat sesiapa pn. Aku paham bkn semua orang niat nak perli.Kdg2 mereka mmg concern dgn kita. Cuma nasihat aku kepada sendiri & orang lain, sebelum tanya apa2,cuba rasa berada dalam situasi tu dulu.Klau rasa sakit,jgn tanya. =)
true.slalu kan kita buat cmni? 
Utk artikel 2 tu mmg ada benarnya. Pendapat aku,terpulang la pada diri masing2.Lagipun dalam Islam dah ada hukum kahwin.Mana yang wajib,harus,haram, sunat kahwin. Klau dah lama bercouple,bergelumang dengan maksiat tu eloklah dipercepatkan. Tepuk dada,tanya iman,check nafsu ;p  Dan jgn lupa "bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat."(artikel 2)
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam perkara yang memberi manfaat kepadamu, mintalah pertolongan dari Allah dan jangan kamu merasa lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah pula kamu mengatakan, “kalau aku berbuat itu dan ini, nescaya jadi begini…”. Sebaliknya katakanlah, “itu adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi”. Sebenarnya perkataan ‘kalau’ itu membuka pintu kepada perbuatan syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Renung-renungkan & selamat beramal. =)


Friday, August 10, 2012

Random



Untunglah orang yang boleh tiap-tiap minggu/hari balik kampung. Takpe. Allah tahu betapa aku berperang dengan perasaan sendiri setiap weekend yang aku tak pulang itu.  =(


Dan janganlah menyangka kami yang tak balik kampung tiap minggu itu anak derhaka. Allah itu tahu lebih dari apa yang kau tahu.

Mode: sedih tahun ni balik bberapa hari sebelum raya.Tak sempat nak tolong mak & adik buat persiapan.Kesian mereka.sob3..Sedih lagi.



Friday, August 3, 2012

15

Assalammualaikum..


Sedar tak sedar dah malam ke-15 ramadhan.Ni first time aku update live dari opis.kui3.Bosan sbb banyak keje. Bleh tak gitu? hehe. Seriously, ni tahun kedua ramadhan, projek aku tgh peak time. Bila busy cmni, maknanya memang separuh dari hidup aku adalah kat ofis. Klau boleh bawak katil masuk ofis, mmg aku tak perlu lg umah sewa.Haha.


Rutin harian aku.


7.50 a.m: Smpai ofis.keje
5.00 p.m : G bazar.
6.00 p.m : Masuk ofis.Smbung keje.
7.36 p.m : Buka puasa (klau xrmai kwn,berbuka kat cube.Klau rmai,baru brbuka kat kafe.)
8.00 p.m : Sambung keje.
10.00 p.m/11.00 p.m : Balik


Ni la rutin harian aku tiap hari.Kdg2 tu ade plak training kat penang.Makanya lepas balik dari penang tu kena plak smbung ot kat kulim. +_+ Tahun ni smpai kul 10.00pm/11.00p.m jela aku larat wat keje.Klau tahun lepas, aku masih muda remaja(muda sthun je pn;p) mmg kul 12.00a.m/1.00 a.m aku balik. Sadis tak? hahaha.


Tapi aku tau..ada ramai lg keje yg teruk dari aku. Aku simpati dgn mereka. 
At least aku keje ad air-cond. Duduk sepanjang masa. Bersyukurlah cik Yana.Bersyukur!=)


Tapi aku tetap sedih sbb tahun ni adala berapa kali nak dapat g terawaih. Dlu mase time study,byk masa lapang mls lak pegi kan!  Terkilan rasanye.


Benarlah peringatan tu. Ingat 5 sblum 5. +_+




Selamat Berpuasa semua!







Sunday, July 29, 2012

Resolusi 1433H

Ramadhan ke-7 baru berpeluang berbuka puasa di kampung halaman tercinta.Sedih puasa tahun ni sebab beberapa hari sblum kena berbuka puasa kat ofis sbb keje super banyak. Mcm ni la keje company yahudi. Time puasa la nk byk keje.hihi. Saje buat ayat sadis pdahal kebetulan je.Mari kita bersangka baik. =)


Berada di kampung sempatla membuat Pavlova.Belajar buat dgn jiran dah lame dah tapi baru sekarang nk hands-on.Cewah.Abaikan kadar selekeh pavlova tu.Dasar tangan tak berbedung plus serius tak kreatif.hihi.
Senang je resepi ni. Bleh la mencuba! Asalnya nak letak kiwi. Tgok kat jj,bukan main mahal lagi. terus letak anggur.



Resolusi Ramadhan tahun ni (ingt tahun baru je ada resolusi baru?hehe) nak kurangkan pembaziran sebanyak yg mungkin, meningkatkan ibadat sebanyak yg mungkin.Klau tahun lepas,berbuka bermewah-mewahan tahun ni biarla cukup2 makan je.Lagipun diri ini tak makan banyak pun.Selalu satu jenis lauk pn dah kenyang.Yang lain tu selalu dibuat hiasan yang akhirnya dibuang. +_+ Insaf bila tengok orang2 yang kelaparan bahkan ada yang tak berbuka sbb takde mknn. sob3... Nafsu,kwl dirimu!!


Lama dah tak jenguk blog ni.Rindu rasanya.Gambar tunang cik Syirah & cik Shakini pun x update2 lg.Maaf. Kepada cik kidah klau baca, ko dah tukar no phone ke? Msg tak smpai.Marilah join reunion bln 10 ni. =)


Kepada kengkawan yang membaca,selamat menyambut Ramadhan. Semoga kita dapat menjalani ibadah dengan lebih tenang dan mndapat keberkatan. Di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada terkasar bahasa,tersilap kata, tersalah langkah.Sudilah maafkan saya hamba lemah lg hina ini.
 ;( Sekiranya ada hutang tertunggak hubungilah la sy utk bayaran. 


Sekian. Selamat berpuasa semua! =)





Thursday, May 17, 2012

If you read my blog

Some people love to ask for something in a great manner instead of receiving something in a sincere manner. Which one is you? 


**********************************************************
Pika : gaya retis sgt.haha


My first niece already 4 years old (Pika) and she loves to ask about anything. (read : non-stop). Sometimes, aku malas nak layan.Pura2 tidur. Bad mak ngah! hihi. 


Since aku seorang behavior observer (read : sometimes stalker,haha), aku slalu gak analisis perangai Pika. Benarlah kata orang. Anak kecil tu umpama kain putih dan suci. Kita lah yang mencorak kan kain putih tu. =)


Aku sebenarnya nak tulis dari first year setiap perubahan Pika.Tapi aku still tak ada semangat nak tulis panjang-panjang. Cerita cik Syirah tunang pun aku tak update lagi. Haih. Sorry cik Syirah. Anyway, I'm glad you have met your soulmate and one step closer to another stage of life. Congrats dear.


Cik Arin plak bakal menamatkan zaman gadis bulan 6 ni. Tahniah jugak. InsyaAllah, aku datang klau takde halangan.


And kepada kawan-kawan semua, aku nak mintak maaf from the bottom of my heart if aku ada mengguris perasaan sesiapa secara sengaja atau tak. Sometimes aku ni ignorant & stupid. Tak fikir perasaan orang bila buat sesuatu. Bila tengok reaction orang, baru tau. Sorry.=( If aku ada hutang apa2, feel free to contact me. InsyaAllah, aku akan bayar.


Kepada seseorang yang pernah ada dlm past memori aku (read: she) (read: u know who u are), dengan seikhlas hatinya aku nak minta maaf atas segala perbuatan dan percakapan aku. Aku tak nak hidup dalam denial lagi. Yup,i admit it. Aku pun buat salah dulu. Childish reaction from me. I already forgave you. And I really hope you can forgive me for every mistakes I've done. Anyway, even though i am not invited ,i still want to congratulate you on your upcoming wedding! =) Semoga kekal abadi & bahagia selalu. 





Wednesday, May 16, 2012

21:35



Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. [21:35]





Tuesday, February 7, 2012

Bilik Vampire

Kisah ni jadi masa aku belajar kat melaka.Mase ni first time dok hostel. Setiap sem,asal tukar bilik je,aku dapat bilik vampire.Sampaila mase tahun akhir aku menyewa kat luar,aku still dapat bilik tu.Sampai cik syirah pun terjangkit skali sbb satu bilik ngan aku.heee~


Bilik Vampire? Ape tu? Jeng jeng jeng.. Bilik Vampire ni bukanla sebab dalam bilik ni ade vampire ke atau aku yang vampire.Bukan bukan bukan.Tidak sama skali. haha. Bilik ni dinamakan bilik vampire sebab bilik ni redup/gelap je.memang cahaya matahari tak masukla. vampire kan xleh kena cahaya matahari. Tapi aku xde hal sngtla dengan persekitaran camni sbb mmg bersesuaian la dgn aku yang suka tido petang.mwahaha.


Tapi semenjak aku keje,dah masuk 3 rumah aku duduk,aku tak penah lagi dapat bilik vampire.Kali ni aku dapat bilik nur kasih.Ahaks.Bilik ni pulak memang cahaya terang benderang masuk. Mmg tak sesuwaii nk tido ptg2 nih.Tapi time keje bila plak nak balik umah.Ye tak.Lgpun tak elok tido petang2 nih.huhu




Macam2 nama bilik kan.Dulu kawan2 aku pggil bilik harry porter utk bilik yg ade satu katil,yg saiz bilik tu mmg kecik ya amat.Korang ada letak nama bilik tak?



Thursday, February 2, 2012

Nomad

Lusa,aku bakal berpindah ke rumah sewa baru.weee~ Tahun ni je dah nk masuk 3 kali aku pindah.(Kali ini pndah sbb housemate aku nk kawen). Semoga urusan perpindahan esok brjalan lancar.amin..


Nanti ada masa aku citer pasal bilik Vampire!wuwu. Skang ni bz giler packing barang. Baru buat separuh dah ngantuk!Entah bila nk siap. Kena tggu adik aku datang jugak nampaknya.


Sekian post tak membina arini.;)


p/s: ala2 retis je post2 aku ni. macam la orang nk amik tau kisah hidup kau.kih3. ade aku kesah? =p

Wednesday, February 1, 2012

Happy Anniversary!

Malam ni aku rasa nak demam sangat.Dari tadi asyik bersin tak berenti. Tapi mengenangkan hari ini hari penting aku,aku update la jugak blog ni.haha






kenangan tembuilding kat E&0. Jadi ajk event.=p




Hari ni ulang tahun pertama aku bekerja. Yeay! (Best la tu.Org lain dah brtahun2 dah...hee) Klau ikutkan,aku sendiri pun tak sangka aku dapat menghabiskan setahun kat cni. Asal tension je,nanges sikit,bukak jobstreet.kahkahkah.


Tapi Allah dah tentukan tempatku. Mungkin belum masanya lagi untuk aku bertukar kerja. Masuk kat sini memang tak dirancang. Sorry,aku memang tak guna kabel langsung masuk sini walaupun aku ade kabel kecik secoit kat cni. haha


Aku apply through jobstreet, position software engineer kat Penang. Within 2 weeks after interview tu company tu call tanye aku minat tak utk post lain kat kulim. Aku pun mase tu tengah jobless,blasah je la kan walaupun aku cukup benci subjek ni masa study dlu, plus aku dah tggal benda ni 3 tahun kut. Aku blaja mase diploma dulu. 


Masa interview utk post ni entah ape2 je aku jawab.Tu pun naseb adik aku blaja subjek ni kat uni dia.Dia la jadi cikgu aku semalaman.Thanks adikku.




Aku pun terima keje (Mask Layout Design Eng.) ni dengan redha.Ape nak jadi jadila. Finally,aku sampai gak ke stage hari ni.(1year). Not bad gak la kadar kecepat capaian otak aku! kahkah.Tak sedar diri tul.Puiii.


Aku bersyukur sangat sebab dah sampai ke tahap ni. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan di masa hadapan.Amin..



Tuesday, January 31, 2012

SORRY

Hari ni hari yang tak berapa baik buat aku. Macam biasa aku g keje awal. Tak lama lepas tu housemate aku plak smpai.Dia nanges2 sebab katanya kucing dia mati kena langgar. Kucing tu maybe kena langgar kat luar pastu lari masuk dalam pagar berdasarkan kesan2 darah. Sob3. Aku ke yang langgar kucing tuh?


Masa aku kuar parking tak nampak pun ade kucing tapi tak tau la klau aku tak perasan. huhu.Tetibe rasa bersalah sangat. Walaupun,kawan aku tu cakap kucing tuh dah lama mati sebab da keras (tak taula klau dia nak sedapkan hati aku) tapi aku rasa sedih & bersalah.


Nantila aku minta maaf kat dia walaupun aku sendiri pun tak sure aku yang langgar ke tak. Tak tenang plak hati ni. 


p/s : lagu terukir bintang ni best gak.Sebelum ni aku tak brape minat lagu2 yuna.Tetibe lagu ni ter'addict' plak.


Monday, January 23, 2012

Selamat Pengantin Baru Siti Nur Nadiah & Ridhwan


Selamat Pengantin Baru Siti Nur Nadiah & Ridhwan. Kepada pengunjung setia blog,harap maap.takde gambar pn yg diambil sbb aku & cik syirah datang awal sgt.Pengantin pn pakai t-shirt lg.Ktorg yg pkai baju kurung.mwahaha.. Takpe,korang tunggu je kat fb.Nnti adela gambar tu.=)


Majlis start kul 5 pm sbnrnya.Tu untuk kenduri.Malam baru untuk upacara nikah. Ktorang dtg dlm kul 12 tgahari sbb masing2 nak balik kg cepat kan.hihi. Terima kasih kat Nadiah sekeluarga sbb sudi melayan walaupun tengah sibuk giler mase tu. Siap dapat makan asam pedas tu.Terima kasih sekali lagi.


Semoga berbahagia ke akhir hayat! =)




p/s : nape blog aku x update kat bloglists?? huhu. tolong2~!

Friday, January 20, 2012

She is getting married!!



Diam2 je kawan aku yang sorang ni. Dah nak kawen dah. hehe. Terpaksala aku pulang lmbt cket ke ipoh utk g kenduri dia jap. Takpela.Bukan selalu kan. Anyway aku tumpang gembira utk si dia ni. Semoga majlis esok berjalan lancar. Sape ek? Sorry,esok baru leh gitau. =)
         
               Kepada .......... <3 Pasangan,
Tahniah!! Semoga kalian bahagia ke akhir hayat. aminn.. Selamat menempuhi hidup baru!


Kepada kawan2 lain yg tak dijemput,jangan kecik hati plak ye. Kawan kita ni buat kecil-kecilan je. Doakan diorang  bahagia ek. 


Ok,sok aku update citer klau highway x jam.Ade kena mengena tak.Haha. Bye


Salam.

Monday, January 16, 2012

Untitled

Seperti orang lain.Masuk tahun baru,mstila byk plan utk masa depan. Bermacam2 plan aku dah aku aturkan utk tahun ni. Antaranya:


1. Kerja
Mmg la keje ni best.Gaji byk.Kwn ramai.Tapi aku xnak berada dlam keadaan selesa smpai nnti aku xde experience lain. Harus bersedia utk segala kemungkinan. 


2.Material
Ini memang mcm2 aku dah plan utk dbeli.Dari awal tahun smpai akhir tahun dah plan nk beli apa. Dari keperluan diri smpai ke nafsu semata.Giler materialistik. 


3. Simpanan.
Wlaupun sibuk menambah koleksi material,simpanan jgn dlupa.Klau last year, aku simpan lebihan wang,tahun ni aku nk ubah cara.Simpan terus bila dapat gaji. Aku rasa cara ni lebih efektif sbb dapat simpan byk.Rasa-rasa hujung bulan tu kering,pndai2 la bawak diri.Ahaks.


4. Rumah
Sedang dalam progress cari rumah sewa baru yg kosong.Pastu nk cari sorang je housemate.Klau xde housemate lg bagus.Senang aku decorate rumah impian.Haha


5.Vacation
Plan bercuti ngan family hujung tahun.Harus kumpul cuti banyak2.


6.Banyakkan ilmu & amal
Pling susah utk dicapai. +_+


Tu je la yg aku dapat pkir awal2 tahun ni. Tapi manusia hanya merancang,Allah yang tentukan.So,always prepare for the worst tp kdg2 mmg xleh prepare pn.hehe.The best way, just pray for the best.=) 

Monday, January 9, 2012

Aku & Kunci

Aku & kunci memang banyak kes.Tak dapat dipisahkan.Sume sbb otak aku kadang-kadang selalu dibawah paras sedar (err..bahasa yg lbih senang, kuat brangan).


Semalam lepas aku tekan tombol dari dalam terus aku tarik pintu.Panggggg.Serentak dengan tu,jantung aku pn trhenti jap. Mau tak. Kunci aku dalam rumah!!! wawawa. Dahla housemate aku blik kg. Dalam otak aku fkir nak menumpang rumah sapela ni.Dahla dgn sehelai sepinggang ni. 


Pastu gigih lagi bwk kete pusing taman smbil otak pusing pening pikir.Last2 baru teringat aku letak kunci kat meja tv. Patah balik masuk umah.Try tgok kut tingkap. Meja tv tu dekat je ngan tingkap.Nasib baik lgi tingkap x tutup.Try usha.Fuhh,selamat tangan muat mencapai.


Giler arh. Setiap rumah msti aku tggalkan kenangan tggal kunci dlm bilik ni.Adoooii.Pasni kena wat kunci byk2.Gantung kat tengkuk skali.huhu


Pasni kene pindah lagi.Housemate nk kawen.Ramainya kwn2 baik aku nk kawen.Sedih.But of course i'm happy for them. Sedih sebab xbleh nak enjoy same2 macam dlu dah.Huhu.Life must go on. (=