Tuesday, November 23, 2010

C R A Y O N

Semalam aku memenuhi undangan menonton wayang temanku. Hajatnya nak nonton Harry Porter. Tapi maaf teman, aku sudah janji nak nengok HP ngan orang lain. wiwiwi. Jadi,aku pun pujuk temanku tengok citer lain. Takpe,teman aku ni sempoi.Kan!! ;)



Ktorang pun survey filem yg ditayangkan masa tuh. Tgok citer crayon/krayon cam best je.Sebab ada Adibah Nor.hewhewhew.. *Never make an assumption*


Tapi tekaan ktorang mmg 100% tepat. Rm8/2jam mmg berbaloi.Disebabkan dalam panggung tu ada 12 org je termasuk kitorang,maka aku nak promote ar cket filem ni. Aku rasa rugi kat pengarah yang wat citer best tapi tak dapat sambutan. Ok,lupakan dulu pasal 2 alam. Kalau selalu tengok filem luar,why dont this time kita support our LOCAL FILM!!! Kerek seyh..=P

Sunday, November 21, 2010

Tips memandu



Hye kawan-kawan,
Aku tau walaupun bukan semua tapi ramai kawan-kawan perempuan di luar sana yang mempunyai lesen tapi takut nak drive.Bila nak drive je mula la rasa takut sampai berpeluh-peluh & menggeletar kaki dan tangan. Biasanya mereka-mereka ini mempunya ciri-ciri berikut :

  • Mempunyai darah gemuruh yang terlampau.
  • Mempunyai sikap yang agak kelam kabut.
Betulkan? Jika anda memiliki semua di atas, jangan risau.Anda adalah seorang yang normal seperti aku.Tahniah diucapkan. Anda adalah pemandu yang menjadikan lesen sebagai hiasan di rumah.hehe. Ya,aku juga mempunyai semua kriteria di atas. Cuma aku sekarang sudah boleh memandu kereta dengan jayanya.Hanya aku lemah sikit dalam skill parking.=p 

Hanya yang mengalami akan memahami. Ya,aku faham. Memandu kereta gear auto mungkin kurang bermasalah berbanding kereta manual. Ini disebabkan mereka yang takut memandu ini mempunyai darah gemuruh & sikap kelam kabut. 2 elemen ini menjadikan golongan ini agak sukar melakukan banyak tugas dalam waktu yang sama. Tambah-tambah lagi di waktu tertekan.Lagi la haru-biru. Menukar gear,melepas clucth perlahan-lahan,menekan pedal minyak dalam masa yang serentak agak sukar untuk dilakukan golongan ini. (dah macam karangan sekolah plak ye.+_+)

Tapi jangan gusar, anda tetap boleh memandu. Mari aku kongsikan tips-tips menghilangkan rasa takut bila memandu. Tips yang tak pernah cikgu driving school korang bagi.Eh,takde ke?

Saturday, November 20, 2010

URL shortener

Salam & Hello there,

Untuk entri yang pertama aku kat blog ni,aku akan kongsikan cara untuk pendekkan url.Mesti ramai yang dah tau kan? Yang dah tau tu,blehla kongsikan info yang lebih mendalam. Aku akan bagitau yang basic je. Maklumla aku pn newbie ngan internet ni.=)

Tujuan url/link shortener ni adalah supaya url/link korang takdela panjang berjela-jela dan berserabut mata memandang. Tak paham? Meh aku tunjukkan lakonan semula.

Satu hari di wall fb........

ziyana
tgok video comolot tu kat http://www.portal.mohe.gov.my/portal/page/portal/ExtPortal/MOHE_MAIN_PAGE/speech/PM_Speech. @ferra

*sekadar link hiasan

Haa..kan ke panjang link yang ziyana bagi tu. Lagi-lagi kalau korang nak paste link ni dalam chatbox kat blog. Memang membikin panas si tuan punya blog.

Maka adik-adik,
pergila ke http://bit.ly/. Link tadi setelah dipendekkan akan jadi begini
http://bit.ly/d9LwdJ.

Pendek & Mudah kan? 
Ok,sekian dulu untuk hari ni. Bolehla cuba-jaya pasni. ^_^