Hye kawan-kawan,
Aku tau walaupun bukan semua tapi ramai kawan-kawan perempuan di luar sana yang mempunyai lesen tapi takut nak drive.Bila nak drive je mula la rasa takut sampai berpeluh-peluh & menggeletar kaki dan tangan. Biasanya mereka-mereka ini mempunya ciri-ciri berikut :
- Mempunyai darah gemuruh yang terlampau.
- Mempunyai sikap yang agak kelam kabut.
Betulkan? Jika anda memiliki semua di atas, jangan risau.Anda adalah seorang yang normal seperti aku.Tahniah diucapkan. Anda adalah pemandu yang menjadikan lesen sebagai hiasan di rumah.hehe. Ya,aku juga mempunyai semua kriteria di atas. Cuma aku sekarang sudah boleh memandu kereta dengan jayanya.Hanya aku lemah sikit dalam skill parking.=p
Hanya yang mengalami akan memahami. Ya,aku faham. Memandu kereta gear auto mungkin kurang bermasalah berbanding kereta manual. Ini disebabkan mereka yang takut memandu ini mempunyai darah gemuruh & sikap kelam kabut. 2 elemen ini menjadikan golongan ini agak sukar melakukan banyak tugas dalam waktu yang sama. Tambah-tambah lagi di waktu tertekan.Lagi la haru-biru. Menukar gear,melepas clucth perlahan-lahan,menekan pedal minyak dalam masa yang serentak agak sukar untuk dilakukan golongan ini. (dah macam karangan sekolah plak ye.+_+)
Tapi jangan gusar, anda tetap boleh memandu. Mari aku kongsikan tips-tips menghilangkan rasa takut bila memandu. Tips yang tak pernah cikgu driving school korang bagi.Eh,takde ke?
.jpg)