Sunday, November 21, 2010

Tips memandu



Hye kawan-kawan,
Aku tau walaupun bukan semua tapi ramai kawan-kawan perempuan di luar sana yang mempunyai lesen tapi takut nak drive.Bila nak drive je mula la rasa takut sampai berpeluh-peluh & menggeletar kaki dan tangan. Biasanya mereka-mereka ini mempunya ciri-ciri berikut :

  • Mempunyai darah gemuruh yang terlampau.
  • Mempunyai sikap yang agak kelam kabut.
Betulkan? Jika anda memiliki semua di atas, jangan risau.Anda adalah seorang yang normal seperti aku.Tahniah diucapkan. Anda adalah pemandu yang menjadikan lesen sebagai hiasan di rumah.hehe. Ya,aku juga mempunyai semua kriteria di atas. Cuma aku sekarang sudah boleh memandu kereta dengan jayanya.Hanya aku lemah sikit dalam skill parking.=p 

Hanya yang mengalami akan memahami. Ya,aku faham. Memandu kereta gear auto mungkin kurang bermasalah berbanding kereta manual. Ini disebabkan mereka yang takut memandu ini mempunyai darah gemuruh & sikap kelam kabut. 2 elemen ini menjadikan golongan ini agak sukar melakukan banyak tugas dalam waktu yang sama. Tambah-tambah lagi di waktu tertekan.Lagi la haru-biru. Menukar gear,melepas clucth perlahan-lahan,menekan pedal minyak dalam masa yang serentak agak sukar untuk dilakukan golongan ini. (dah macam karangan sekolah plak ye.+_+)

Tapi jangan gusar, anda tetap boleh memandu. Mari aku kongsikan tips-tips menghilangkan rasa takut bila memandu. Tips yang tak pernah cikgu driving school korang bagi.Eh,takde ke?

1. Untuk permulaan,belajar memandu menggunakan sebelah tangan  supaya anda tidak kekok bila  ingin menukar gear menggunakan  sebelah tangan lagi.
2. Bila menumpang kereta kawan tu,jangan asyik berborak je.    Tengokla cara pemanduan dia. Tengok cara dia tukar gear.
3. Mahirkan diri anda menukar gear di jalan yang tidak lurus. 
4. Latih kaki anda untuk mengimbang minyak & clutch. Ini penting terutama di kawasan berbukit.
5. Bila anda sudah mahir dengan 3 pedal ini maka anda sudah 80%   untuk mahir memandu kereta.
6. Sekarang anda sudah boleh membawa kereta di jalan raya.    Pastikan anda membawa dengan kelajuan yang anda yakin dapat mengawal kenderaan anda. Bawa di lorong kiri melainkan ingin membelok. Pastikan sticker P dipasang supaya kereta lain alert dengan cara pemanduan anda. Kalau ade yang hon sbb slow sangat, jangan gelabah. Cakap dalam hati(Weh,aku pun bayar cukai jalan jugak tau.Peduli ape aku!!) hehehe.
7. Bila ingin menukar haluan,pastikan cermin sisi dan cermin belakang dipandang. Kadang-kadang bila kereta dah ada tepi   kita,kita tak nampak guna cermin pandang belakang.Jadi untuk   selamat usha-usha la dua-dua cermin ni.Bagi signal.Bila dah    selamat baru tukar haluan.
Eh..ni dah tips memandu dengan selamat ni.Sorila,aku ni memang selalu terbabas.

9. Sentiasa motivasikan diri anda. Carila kawan-kawan yang anda rasa lemah dari anda tapi dah pandai bawak kereta. Cakap kat diri sendiri: kalau dia tu boleh,apsal aku tak boleh?Aku lagi hebat pe dari dia.Hohoho..Jangan ler bagitau dia.Cakap dalam   hati sudah.

Tu je la tips dari aku. Kalau sesape ade tips lain, blehla kongsikan. Selamat memandu..=)

p/s : Lepas je drive,mesti rasa sakit tengkuk & sakit belakang kan.Hahaha.Tu maksudnya korang stress dan sakit sebab asyik tengok cermin je kan. Masalah kecik je tu.Lepas korang dah mahir nanti takdela sakit2 tu. =D

2 comments:

mujako said...

2/3 neh aku nak test... thanks 4 da tips... sok pg aku blajo memandu..
tp'n aku ade mslh sket kalo memandu, iaitu, ssh beno nak tgk cermin sisi n blkg...
kalo aku bwk, mesti nak fokus kt tgk depan je..
lg 1, aku lmh gile bile nak membelok.. camne eh?

yana said...

hehe..mcm aku ni pro je kan.xpela,aku jwb mane yg mampu je ek.

1.yg pnting bila ko nk tukar laluan/m'belok,bru pndang dua2 cermin tu. bila ko rase keadaan depan stabil,bru usha2 jap cermin.

2. lemah nk bajet byk mane nk belok ke? tu jgn risau.pengalaman akan ajar ko.huhu. rajin2 drive.jgn tinggal lame sgt. Dulu aku pn takut gak nk belok.Asyik nak bwk jln straight je.keh3. Lame2 ok la. Bila ko slalu bawak ko dapat agak byk mane nk belok.Yg pnting jgn laju sgt. Klau x,susah nk control.

Yg pling pnting sgt,ingt selalu, ko yang control kereta tu.Semua dlm tangan ko.Mcm naik beskal gak. Ingt tak mcm mana mula2 blaja naik basikal.Mcm mane nk imbg badan.Cmtu la lbih kurang.hehe

Merepek je aku ni.
Neway.gudluck babe!
Tak sabar nk rase ko drive plak!yeay!!