Saturday, January 22, 2011

T E M A N

Teman,
aku tahu,
kala ini hatimu sedang berduka lara.
Namun apalah dayaku untuk membantu.

Teman,
ingin aku khabarkan segala motivasi,
agar kau bisa bangkit semula,
namun,
aku takut,
andainya semua itu hanya menambah luka hatimu,
kerana sesungguhnya aku memahami keadaanmu,
yang pernah aku harungi dulu.

Teman,
kuatkanlah semangatmu,
pedulikan kata-kata mereka-mereka itu,
kerana mereka itu terlupa pada sesuatu.

Ya,mereka itu lupa,
akan hidup ini ada Pengaturnya,
mereka lupa apa yang ada pada mereka,
hanyalah pinjaman semata-mata,
bukan hak milik kekal,
sampai masa akan dikembalikan jua.

Teman,
dulu aku juga lupa,
sentiasa memuja kehidupan orang sekeliling,
indahnya hidup mereka,
teraturnya hidup mereka,
tapi tak semudah itu teman.

Sesungguhnya hidup kita semua sama,
Tiada yang lebih tiada yang kurang,
Percayalah teman,
itulah yang seadil-adilnya diciptakan.
Percayalah teman,
setiap kehidupan itu tak sempurna.
Yang kau lihat itu hanyalah luaran,
yang tak mungkin direalitikan.

Teman,
terimalah kehidupan itu seadanya,
bahagiakanlah kehidupan itu semampunya,
kerana itulah yang seharusnya.

Aku di sini hanya mampu berdoa,
dari jauh seikhlas hati,
Semoga kau beroleh cahaya,
yang mampu menerangi hidupmu...

Thursday, January 20, 2011

Puisi Buat Aku

Wahai diriku,
Ingatlah.
jika suatu hari nanti datang kesusahan kepadamu,
dan kau merasa jalan didepanmu itu,
jalan mati,
tiada lagi cabang pilihan,
tiada lagi cahaya,
duniamu makin malap kian gelap,
kanan dan kirimu terus menghimpit,
terasa tiada lagi ruang untuk bernafas,
Maka ingatlah kala waktu-waktu kesusahan yang pernah kau lalui.

Ya, waktu itu.
waktu bila kau sendiri hampir-hampir tersungkur,
waktu bila kau hampir-hampir putus harapan
untuk terus bangun.

Ya,waktu itu.
Waktu di mana terbitnya mentari seakan mimpi ngeri.
Terasa ingin tidur di kamarmu selamanya,
Hati gusar gundah gulana,
Hanya air mata berbicara.

Masih ingatkah dikau,
Terasa tuhan telah melupakan dirimu,
doamu seakan tidak dipeduli.
Namun kau terus berusaha memohon kepada yang Satu,
Hingga sampai satu titik,
di mana kau akhirnya menyerah,
untuk gagal ujian yang diberi.

Di saat itu,
Akhirnya,
Tuhan memakbulkan doamu.
Barulah mata hatimu melihat sesuatu..

Tuhanmu tak pernah melupakanmu,
hanya kau yg sering leka alpa,
dari mengingatiNya.

Sesungguhnya ujian itu,
kerana Dia sayangkanmu,
Tak ingin kau terus jauh dari-Nya

Maka jika kau dilanda ujian lagi,
Ingatlah kenangan ini,
agar kepercayaan itu terus utuh
walau ombak badai datang
menghempas pantai..





Tuesday, January 11, 2011

Menjadi manusia yg Cool

Heh. Orang lain buat blog,aku pun sibuk nak buat. Last2 abandon terabai tak hingat. LoL
Melalui zaman gelap membuat aku rasa stressed yang teramat. Syukur semua dah berlalu. =)
Walaupun agak lambat,lantak ah. Aku memang sentiasa lambat.Who cares.It's my life anyway.


2011
Selain Improving my English, resolusi 2011 aku adalah nak jadi manusia yang paling Cool.
Aku ni agak clumsy bila dalam keadaan stress/ first-time-situation.


Serious aku rasa macam nak demam bila nak masuk stage ni.Aku takut!!! 
1.Aku takut takde kawan.
-Pergi makan2 sorang. Aku rasa mcm loser sangat. Sebenarnya aku takut orang mengata aku "kesian..xde kwn la tu" Haha. 


2. Aku takut tak bleh buat.
-Sebenarnya aku takut orang mengata aku" Bodoh betul budak ni.Kat mana blaja entah"


3.Aku takut orang judge aku penampilan aku
-Aku takut orang mengata aku " Ish..buruk giler dressing dia. Pegila blaja grooming dlu."


Kesimpulannya aku memang takut dengan kata-kata orang. Aku selalu tanamkan ayat ni dalam hati "Ah,biarla orang nak cakap apa,xluak kot"
Tapi hatiku selembut gula-gula kapas.Sensitif.


Aku teringin jadi mcm kawan2 yg lain.Cool je. Takde kawan pun rilek je makan sorang2.Rilek je wat keje sorang2.Boleh je hidup. Tak makan hati dengan umpatan orang lain.Ye.Itulah definisi Cool bg aku.


Setakat ni pencapaian trtinggi aku shopping sorang2 je kut. 


Lagi satu aku ada sifat takut kat orang. Terutama orang tu lebih pandai/status tinggi/alim,mula aku gelabah tak hingat.Last-last
aku kena cop pemalu?! Heh.


Yeah.Low-self-esteem. So,2011 ni aku harap segala-galanya akan berubah.


Dari mana nak mula?
Dari stage ni.Communication skill. U know u can do it.
Moga Allah bersama-samaku dalam perjalanan ini. =)