![]() |
| ihsan mr.google |
Kadang-kadang kita rasa sempurnanya hidup orang lain.
Kadang-kadang kita menangisi nasib sendiri.
Kadang-kadang kita mempersoalkan takdir hidup sendiri.
Kadang-kadang kita rasa gembira dengan hidup sendiri.
Kadang-kadang kita rasa bertuahnya hidup sendiri.
Kadang-kadang kita bersyukur dengan ketentuan ilahi.
Kadang-kadang kita merungut kembali.
Kenapa disaat gembira ada saja duka datang menyapa.
Kenapa gembira itu tak berterusan seperti hidup orang lain.
Kenapa Tuhan timpakan bencana buat kita.
Tahukah kau
Susah senang itu semua ujian
Di saat hidup kau terasa begitu gelap sekali
Ingatkah kau pada Dia?
Putus harapkah kau pada Dia?
Di saat hidup kau terasa begitu sempurna sekali
Ingatkah kau pada Dia?
Besyukurkah kau pada Dia?
Kerana Dia tak pernah melupakan kau.
Lalu diuji & diuji agar kau sentiasa mengingati-Nya.
Sempurnanya hidup sesorang bila dia menerima setiap ujian dengan redha. Maka,hidupnya nampak sempurna di mata manusia lain.

No comments:
Post a Comment