Perjalanan hidup aku masih panjang. Err..pjg ke?InsyaAllah,klau dipanjang usia. Sukar sebenarnya untuk aku menjangkakan apa yang akan berlaku esok. Kerana sehingga ke hari ini, hidup aku penuh dengan kejutan. Tapi itulah hidup.Dipenuhi dengan ujian dan dugaan kerana Allah masih sayangkan kita. Agar sentiasa kita mengingati-Nya.
Setiap kejadian,dugaan tu mesti ada hikmahnya. Kadang2, dugaan tu mematangkan diri dalam menempuhi hidup yg mencabar ni. Kadang2 dugaan tu datang supaya kehidupan kita bertambah baik. Kadang2 kita tak tahu kenapa diuji mcam tu. Allah masih merahsiakan dari kita. Bersabarlah. SesungguhNya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hidup kita.
Macam hidup aku sendiri. Tercampak sorang2 kat kulim. Dengan takde kwn/keluarga kat sini. Mula2 tu memang aku nanges jugak la. Mmg satu cabaran buat aku untuk survive memandangkan aku bukan jenis berdiri-atas-kaki-sendiri. Keje plak mmg menguji minda aku yg tak kreatif ni. Saat tu aku hanya mampu berdoa setiap hari agar jalan hidupku dipermudahkan.
Tapi kadang2 aku tak terlepas dari membandingkan diri dengan orang lain. Kenapa orang tu keje senang je..Kenapa orang tu dapat keje kat tempat tu..kenapa tu..kenapa ni.. Ish3..
Tapi aku lupa.Takde sorang manusia pun yg terlepas dari ujian Allah. Dan Allah takkan mendatang ujian melebihi kemampuan hambaNya. Kesimpulannya ujian berbeza mengikut individu. Tapi beratnya masih sama. Cuma kita nampak ringan/berat di mata sendiri. Haha.Ntah ape aku merepek ni.
Alhamdulillah.Akhirnya aku dapat membiasakan diri kat sini. Cuma bab keje aku kene amik masa lagi.haha. Semoga Allah mempermudahkan segalaNya.Amin..
Banyak lagi ujian yg masih aku lalui sebenarnya. Kadang2 bila emosi menguasai diri, mula la nak fikir tak waras. Nak marah2. Pikir2 balik,tak payah la nak marah2 sangat. Sebab kita tak tahu ending cerita. Ntah orang2 yg kita marah tu akan menolong kita suatu hari nnti. Kan nyesal kalau kite dah maki2 dia. Bila aku nk start marah,aku akan ingt balik ayat ni " Biarlah Orang zalim kat kita.Jangan sesekali kita balas. Allah lebih Berkuasa." Dengan fikir macam tu,kurang sikit amarah aku.hehe
Kalau orang bace post ni mesti tak pahamkan cerita aku. Haha. Tak pe la. Aku nk tulis detail sgt pun tak baik. Kadang2 sesetngah benda elok jadi rahsia buku diari sebenar je. Tak payah kecoh2 kat alam maya. Memburukkan keadaan je.Ye tak.
Kepada anak2 yg dah bekerja,bergaji..hulur2 lah duit kepada ibu ayah anda. Walaupun tak banyak,mereka akan tetap gembira. Klau nak ikutkan memang tak terbalas jasa/wang ringgit yg mereka bagi dari kecik. Tapi sekurang2Nya itulah ingtan kita terhadap mereka. Jagalah hati mereka,senangkan hidup mereka selagi meraka ada. Biarpun berpuluh ribu gaji, tapi klau asyik menyakiti hati mereka, manakah keberkatan dalam hidup? Bila hidup tak berkat, mulalah gaji rasa tak cukup,hidup rasa tak bahagia..
Kata orang, kaya tak menjamin kebahagiaan. Tapi kemiskinan pun tak memberi kebahgiaan. Sebenarnya gaji banyak ke sikit ke.Miskin ke kaya ke.Semua tu bukan jaminan untuk bahagia. Hiduplah di jalan yg diredhai Allah. InsyaAllah,bahagia sentiasa bersamamu. ;)
Akhir kata, Salam Ramadhan 1432H. kupohon kemaafan andai tersalah kata,terkasar bahasa, terpukul tak sengaja. Ampun aku. Aku insan lemah lagi hina yang tak lerlepas dari melakukan dosa. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang & penuh keinsafan.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment